menguja
1. menaikkan semangat (ayam dan lain-lain) supaya menyerang lawan, memberangsangkan, menggalakkan:
maka Awang Sulung pun menurunkan pertaruhannya dan ayam pun lalu diujanya;
2. [kiasan] membangkitkan hati orang supaya marah dan lain-lain, memberangsangkan, memberanikan, menghasut;
sungguh diuja, dipegang ekor (peribahasa) walaupun diberi kebebasan tetapi ada juga hadnya;
teruja timbul minat (keinginan dan sebagainya) yang kuat terhadap sesuatu, naik semangat, terangsang:
Saya berasa seronok dan ~, kata seorang pemuda yang menyertai tunjuk perasaan itu;
keterujaan perihal (keadaan, sifat dan sebagainya) teruja:
program yang bermanfaat itu mewujudkan ~ di kalangan remaja supaya mereka mahu menyertainya;
= oja.