sejenis binatang yang hidup di air (berkulit keras, berkaki sepuluh, dan berekor);
jenis-jenisnya:
~ galah, ~ geragau, ~ kara, ~ karang, ~ kertas, ~ laut, ~ laut lebar, ~ lubuk, ~ siar, dan lain-lain;
~ kering udang yang dikeringkan;
kepala ~ ki bodoh benar;
bongkok ~ melengkung badannya seperti udang;
keropok ~ keropok yang dibuat daripada udang;
pulut ~ sejenis makanan daripada pulut yang berintikan udang yang bercampur dengan kelapa yang diparut;
~ hendak mengata(i) ikan (peribahasa) kesalahan orang lain tampak tetapi kesalahan sendiri tidak disedari;
~ merentak dalam tangguk (peribahasa) orang yang tidak tetap laku dan kedudukannya;
~ tak tahu dibongkoknya (peribahasa) orang yang tidak insaf dengan kekurangan diri sendiri;
bagai ~ dalam tangguk (peribahasa)
a) menggeletek-geletek kerana kesukaan;
b) dalam kesukaran;
bagai ~ tahi di kepala (peribahasa) banyak hutangnya;
banyak ~ banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya (peribahasa) kegemaran (kemahuan, fikiran, dan lain-lain) tiap-tiap orang itu tidak sama;
berudang ada udang, terdapat udang;
~ di balik batu (peribahasa) ada sesuatu yang tersembunyi daripada yang dilahirkan dengan mulut atau dengan perbuatan.