apa yang dilafazkan, bunyi lafaz, sebutan kata, ujar;
~ jasa kenyataan rasmi tentang jasa atau khidmat seseorang:
Encik Arthur Tanner, dari Royal College of Surgeons, Ireland, membaca ~ jasa dalam majlis itu;
~ selamat kata-kata yang disampaikan sebagai mendoakan supaya selamat (untuk menyatakan tahniah);
~ habis, niat sampai (peribahasa) hasil yang diperoleh (dicapai) dengan segera (dilaksanakan sesuatu selepas dikatakan);
berucap
1. mengeluarkan kata-kata, berkata, bercakap di hadapan orang ramai;
2. bersyarah, berpidato:
beliau akan tiba esok dan ~ dalam satu rapat raksasa di padang Istana Maziah;
mengucap
1. [bahasa percakapan] = ~ dua kalimah syahadat menyebuntukan atau melafazkan dua kalimah syahadat (yang mengakui bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad ialah rasul Allah):
~lah Tok, ~lah, mudah-mudahan Tuhan melindungi kita;
2. = mengucapkan menyebuntukan, melafazkan (kata-kata tertentu):
tiba-tiba datang seorang yang tidak dikenali dan ~ salam padanya;
kotor seperti babi, adalah satu perumpamaan yang diucapkan orang;
3. = mengucapkan menyebuntukan sesuatu (kata, huruf, dan lain-lain), melafazkan, melisankan:
kata ini diucapkannya dengan penuh perasaan;
4. = mengucapkan mengatakan sesuatu (ceramah, kata-kata, syarahan, dan lain-lain), memberi syarahan:
seorang pelajar yang tertua tampil ke depan mengucapkan suatu pidato;
5. = mengucapkan melahirkan perasaan dan lain-lain dengan kata-kata, menyatakan (bersyukur, terima kasih, turut bersedih, dan lain-lain):
mereka datang ke tempat kami kerana mengucapkan selamat jalan dan terima kasih kerana khidmat kami di situ;
mengucapi [sastera lama] menyebuntukan (melaungkan, memanggil) nama orang;
terucapkan dapat diucapkan;
ucapan
1. apa yang diucapkan, perkataan (kata-kata) yang diucapkan:
aku seolah-olah terpesona dengan segala ~nya itu;
2. cara menyebut sesuatu kata, lafaz, sebutan:
~ setiap kata haruslah jelas;
3. syarahan, pidato:
dia telah memberi suatu ~ pendek;
4. kata-kata yang mengandungi harapan supaya selamat (sejahtera dan lain-lain), kata-kata yang menyatakan terima kasih dan lain-lain:
Yang di-Pertuan Agong telah mengirim ~ selamat kepada Presiden India;
5. = ~ bahasa sejenis peribahasa, simpulan bahasa, ungkapan;
pengucapan perihal mengucap (mengucapkan), pelahiran:
~ dua kalimah syahadah;
kita terpaksa menerima hakikat bahawa puisi baru adalah ~ jiwa perseorangan penyairnya;
~ mantera sakti;
pengucap orang yang berucap:
~nya benar-benar mengetahui apa yang dikehendaki.