turap

campuran simen dengan pasir dan lain-lain yang digunakan untuk melekatkan bata (tembok dan lain-lain), lapisan simen pada tembok dan lain-lain, lepa, salut;

berturap bersalut (berlapis) dengan sesuatu yang ditampalkan, berlepa:
bulu ~ dengan air mas;

menurap menampalkan sesuatu (lapisan dan sebagainya) pada bahagian luar, melepa, melapis, menyalut:
pagarnya daripada batu putih dirapat, diturap dengan kapur yang amat bersih;

turapan hasil menurap;

penurapan perihal (perbuatan, kerja, dan sebagainya) menurap:
penggunaan simen dalam proses ~ permukaan jalan;

penurap
1. orang yang menurap:
dia anak kepada seorang ~ bata di daerah itu;

2. alat (bahan dan sebagainya) yang digunakan untuk menurap:
kerja menurap jubin memerlukan bahan ~ khusus;
jalan kampung yang sempit sukar dilalui jentera.

berkongsi