1. = setumpu benda yang digunakan untuk mengampu kaki (tangan dan lain-lain), tempat bertopang (berjejak, berdiri, dan lain-lain);
2. [Kedah], [bahasa percakapan] sampai, hingga ke:
dari mula matahari timbul hingga ~ senjakala, jejak babi tunggal yang diburunya itu tidak juga bertemu;
bertumpu
1. berjejak atau bertekan pada (kaki, tangan, dan lain-lain):
dia kembali duduk di kerusi dan ~ kaki di meja;
2. = bersetumpu bertekan (berkuat dan lain-lain) dengan telapak kaki pada sesuatu ketika hendak melompat dan lain-lain, menunjal:
maka ia pun naik ke atas batu itu ~ lalu melompat;
3. = bersetumpu dengan betul-betul atau sungguh-sungguh melakukan sesuatu, dengan segenap tenaga (mengerjakan sesuatu);
~ berkelahi betul-betul berkelahi (dengan menumpukan segenap tenaga);
4. [kiasan] mendapat tempat berpegang, sudah berakar berumbi pada, bertapak dengan kuat:
kuasa penjajah yang telah lama ~ di benua Asia telah dapat dijatuhkan dalam tempoh beberapa bulan sahaja;
5. [kiasan] penuh berkumpul di, berpusu-pusu di, berada banyak-banyak atau beramai-ramai di:
hampir semua penduduknya ~ di dalam kawasan pertanian;
6. bertemu di tempat yang sama (garisan dan lain-lain):
tiga garisan lurus itu boleh dikatakan ~ jika garisan-garisan lurus itu melalui titik yang sama;
mencencang berlandasan, melompat bersetumpu (peribahasa) jika hendak melakukan sesuatu hendaklah disediakan segala alat syaratnya;
menumpu
1. = bertumpu menekankan (menolakkan dan lain-lain) pada sesuatu:
tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya ulu baginda, menjadi lembang sama tengah;
2. ki memberi sokongan (bantuan dan lain-lain), menunjang, menyokong;
3. menolak, meniup (angin):
bukan sengaja kami ke mari, dihantar ombak ditumpu angin;
4. [kiasan] memusatkan (perhatian, pandangan, minat, dan lain-lain):
matanya ~ kepada anaknya sahaja;
menumpukan
1. menekankan (tapak kaki dan lain-lain) pada, menunjalkan pada:
ia ~ kakinya di batu sebelum melompat ke tebing;
2. tidak menerima, menolak (permohonan dan lain-lain);
~ permintaan menolak permintaan;
3. meninggalkan (negeri dan lain-lain):
~ kampung halaman;
4. menyandarkan atau mendasarkan (pendapat dan lain-lain) pada, mengasaskan:
ia ~ pendapatnya itu pada beberapa dalil yang boleh dipercayai;
5. memberi sokongan kepada, menolong, menumpu, menyokong, menunjang:
pasukan kawalan kampung sentiasa bersiap sedia untuk ~ pasukan keselamatan menjaga keamanan negara;
6. memberi segenap tenaga (perhatian, minat, dan lain-lain) pada, memusatkan (perhatian dan lain-lain) pada:
mahasiswa-mahasiswa diharapkan supaya ~ masa dan tenaga mereka kepada pelajaran dan kuliah mereka;
tertumpu
1. telah ditumpukan (ditolakkan), telah tidak diterima (permohonan dan lain-lain);
permintaannya ~ permintanya ditolak;
2. telah ditumpukan (dipusatkan, dikerahkan) pada:
pandangannya ~ penuh pada daun pintu rumah yang masih tertutup rapat itu;
tumpuan
1. sesuatu yang dijadikan tempat untuk menumpukan kaki dan lain-lain (ketika hendak melompat dan lain-lain), tempat bertumpu;
2. bantuan, sokongan, tunjangan:
dia tahu bahawa dia menjadi ~ harapan ibunya;
3. pusat atau pangkalan (untuk menyerang dan lain-lain), tempat mengumpulkan kekuatan dan lain-lain:
Danang, 650 km dari sini, menjadi pusat ~ tentera Amerika;
4. bahagian bawah tempat tidur (tempat kakinya):
maka Jekin itu dibangunkan oleh Seri Rama, maka ia pun terkejut lalu dilihatnya berdiri di ~nya;
5. orang dan lain-lain yang menjadi pusat perhatian (tempat mengadu, berharap, dan lain-lain):
beliau sudah barang tentu akan menjadi tempat ~ apabila pulang ke kampung;
6. sesuatu yang menjadi sasaran (tujuan dan lain-lain), sesuatu yang ditujui:
jurutaip yang bernama Henry itulah jadi ~ kami berjenaka;
kampung itu terletak tidak berapa jauh dari tempat ~ saudagar-saudagar dari Melaka;
7. tempat bertemunya atau bertembungnya jalan raya (sungai dan lain-lain):
Johor Bahru ialah pusat pentadbiran negeri Johor dan tempat ~ semua jalan raya dan jalan kereta api dari Tanah Melayu ke Singapura;
8. pusat tempat bertumpunya pancaran cahaya (setelah melalui sesuatu kanta):
tempat semua pancaran itu bertumpu dinamakan ~ kanta itu;
pertumpuan perihal (perbuatan dan sebagainya) bertumpu:
bandar Rockhampton ini menjadi tempat ~ segala hasil yang keluar masuk dari bahagian tengah Queensland;
penumpuan perihal (perbuatan dan sebagainya) menumpu(kan):
rajah ini menunjukkan ~ tenaga dalam berbagai-bagai cabang pertanian;
penumpu
1. orang yang menumpu (memberi bantuan, sokongan, dan lain-lain), pembantu, penyokong;
2. sesuatu yang digunakan untuk menumpu (menumpukan) kaki dan lain-lain, pengampu, penunjang;
~ kaki bangku kecil untuk menumpukan kaki;
3. (Fizik) sesuatu yang digunakan untuk memusatkan pancaran cahaya dan lain-lain (kanta dan lain-lain).