tulang I

1. rangka tubuh manusia (binatang) atau bahagian-bahagiannya:
~ ayam;
~ ikan;
~ dadanya retak akibat kemalangan itu;

2. [kiasan] sesuatu yang menyerupai tulang atau rangka;
~ daun urat pada daun;
~ andas salah satu tulang kecil dalam telinga tengah mamalia, yang terletak di antara tulang rakap dengan tulang tukul;
~ ari-ari = ~ som tulang pada bahagian ari-ari;
~ air mata tulang yang nipis seperti sisik terdapat pada sebelah atas rongga mata;
~ belakang
a) = ~ punggung [Indonesia] = ~ ula-ula tulang yang beruas-ruas dari tengkuk hingga ke punggung;
b) [kiasan] orang atau sesuatu yang menjadi sumber atau pusat kekuatan atau tenaga (sesuatu perkumpulan, pertubuhan, dan lain-lain);
c) bahagian jilidan buku yang kelihatan apabila buku disusun di rak;
~ belikat = ~ daun = ~ dayung = ~ kipas = ~ tamparan nyamuk tulang yang berbentuk seperti kipas pada belikat;
~ belulang tulang dan kulit sahaja;
~ belut sejenis jahitan yang umumnya terdapat pada baju teluk belanga;
~ benih [Kelantan] senjata untuk membunuh;
~ bercagak = ~ pengancing tulang rahang atas dan rahang bawah;
~ bercerai = ~ berselisih = ~ tercabut = ~ tergeliat = ~ terkehel tulang yang tersalah letak (kerana terseliuh, tergeliat, dan lain-lain);
~ betis
a) = ~ kering tulang dari lutut hingga ke pergelangan kaki;
b) tulang dari lutut hingga ke pergelangan kaki pada sebelah belakang, fibula;
~ buku bahagian belakang buku;
~ buku lali tulang yang berbonggol hampir dengan pergelangan kaki;
~ bumbung kayu yang membujur pada bumbung rumah (untuk menyangga kasau);
~ cagak = ~ pipi tulang di antara rongga mata dengan telinga;
~ caping = ~ hulu hati = ~ sudu hati tulang yang lembut pada hujung tulang dada;
~ cenak tulang yang melintang dari pangkal leher hingga ke pangkal bahu;
~ cenonot = ~ kongkeng = ~ tongkeng = ~ sulbi tulang di bawah sekali pada bahagian tulang belakang, yang terletak di punggung;
~ dada = ~ papan = ~ rimau menangis tulang yang pipih di tengah-tengah dada (tempat tulang rusuk bertemu), sternum;
~ dahi tulang pada bahagian dahi;
~ daun
a) tulang belikat;
b) urat pada daun;
(dengan) ~ delapan kerat [kiasan] hanya tubuh sahaja;
~ empat kerat anggota badan (kaki dan tangan);
~ gigi = ~ rahang bawah tulang yang membentuk dagu (tempat gigi bawah melekat);
~ godok kepala tulang pada bahagian belakang tengkorak;
~ halus = ~ ketul = ~ muda = ~ rawan tulang yang lunak atau lembut;
~ hasta tulang tangan yang di sebelah dalam;
~ hitam [bahasa percakapan] sumsum;
~ kamkam tulang cagak;
~ karang tulang yang rupanya seperti karang;
~ kelek buyung bahagian atas tulang pungkur;
~ kemburan tulang pada tapak tangan;
~ keng bahagian hujung tulang rahang;
~ kering tulang pada bahagian kaki di sebelah hadapan betis, tulang pada bahagian kaki dari lutut ke buku lali;
~ ketuk jari buku jari (untuk meluku);
~ kucing = ~ lengan atas = ~ pangkal lengan tulang dari bahu hingga ke siku;
~ langit-langit tulang yang di sebelah atas mulut (pada langit-langit);
~ lebar = ~ ruas tengkuk tulang yang beruas-ruas pada leher;
~ lembusir = ~ papan bahu tulang belikat dan tulang selangka;
~ mata duli = ~ mata kaki = ~ alah mak bonggol tulang betis hampir dengan pergelangan kaki (tulang buku lali);
~ mereh tulang seperti tapak kuda yang hampir dengan pangkal lidah;
~ paha = ~ selangka katak tulang dari lutut hingga ke pangkal paha;
~ pangkal paha = ~ pungkur = ~ punggung tulang yang lebar pada bahagian pinggang hingga ke punggung;
~ pantat = ~ punggung = ~ pelana bahagian tulang pungkur yang di bawah sekali;
~ papan pungkur = ~ ruas pinggang = ~ ruas punggung bahagian tulang belakang dari pinggang ke punggung, sulbi;
~ pelipis = ~ pelipisan = ~ tudung bahagian tulang tengkorak di antara dahi dengan telinga;
~ pemulas = ~ pengumpil tulang di antara siku dengan pergelangan tangan yang di sebelah luar;
~ perabung kayu palang yang dipasang pada persilangan kasau jantan (untuk menyangga perabung);
~ pergelangan kaki tulang di antara tulang tumit dengan buku lali;
~ pergelangan tangan tulang yang menghubungkan jari dengan lengan, buku tangan, sendi tangan;
~ pukang
a) tulang pangkal paha;
b) tulang paha lembu bahagian atas kaki belakangnya;
~ rahang tulang tempat gigi melekat;
~ rakap salah satu tulang kecil dalam telinga tengah mamalia, yang terletak di bahagian paling dalam dibandingkan dengan dua tulang kecil yang lain (andas dan tukul);
~ rangka segala tulang yang menjadi rangka tubuh badan, kerangka;
~ rawan
a) tulang muda;
b) tulang dada (binatang);
~ ruas tulang yang beruas-ruas (tulang belakang dan lain-lain);
~ ruas jari tulang yang merupakan bahagian daripada jari;
~ rusuk tulang yang melingkungi rongga dada;
~ selangka tulang cenak;
~ sudu hati = ~ sedu hati tulang caping;
~ sumsum tulang yang berisi sumsum, misalnya tulang belakang;
~ tangan tulang dari siku hingga ke pergelangan tangan;
~ tengkorak dua tulang pada sebelah kiri dan kanan kepala;
~-temulang seluruh tulang dalam tubuh;
~ tukul salah satu tulang kecil dalam telinga tengah mamalia, yang bersentuhan dengan gegendang telinga dan bersendi dengan tulang andas:
beratus-ratus tahun lamanya daging, kulit dan ~-temulangnya tertanam di dalam bumi;
~ teras tentera
[Indonesia] [arkaik] induk tentera;
~ tudung tulang di antara tulang tengkorak dengan tulang pelipis;
~ tumit tulang pada bahagian tumit (os calcis);
~ tongkeng tulang cenonot;
~ tunjang
a) tulang di antara jari kaki dengan tumit;
b) kaki ayam (burung dan lain-lain);
~ tutup dahi tulang dahi yang benar-benar di atas mata;
minta ~ ke lidah = minta ~ ke lintah (peribahasa) menghendaki sesuatu yang tidak akan dapat;
putih ~ dikandung tanah, budi baik dikenang juga (peribahasa) budi bahasa yang baik itu tidak akan dilupakan orang;
ringan ~ berat perut (peribahasa) orang yang mahu bekerja berat serta dengan rajinnya tentu akan mendapat rezeki;
tinggal ~ dengan kulit = tinggal kulit pembalut ~ (peribahasa) perihal orang yang sangat kurus;

bertulang
1. mempunyai tulang;
ikan ~ ikan yang mempunyai tulang;

2. mempunyai rangka atau tulang (daripada besi, kayu, dan lain-lain);
beton ~ [Indonesia] simen yang dikuatkan dengan besi di dalamnya;
lidah tiada ~ (peribahasa) orang yang mudah membuat janji dan mudah pula mengubah janjinya;

menulangi membuang tulang (ikan dan lain-lain);

tulang-tulangan
1. segala macam tulang (dalam tubuh), rangka tubuh;

2. rangka rumah (daripada kayu dan lain-lain);

ketulangan terlekat atau tersangkut tulang ikan dan lain-lain di kerongkong;

pertulangan [arkaik] (Bali) tempat mayat dibakar;

penulangan pembentukan tulang atau bahan bertulang.

berkongsi