tuju I

1. arah, hala, jurusan:
ke mana ~nya?;

2. = tujuan maksud, kehendak, sasaran;

setuju
1. = setujuan sama arahnya (maksudnya, tujuannya, dan lain-lain):
dasar perjuangan kita adalah ~;

2. = bersetuju tidak bertentangan (pendapat, fikiran, dan lain-lain), semuafakat, sependapat:
aku ~ dengan kata-katanya;

3. = bersetuju serasi, cocok, sesuai:
jikalau barang suatu perkataan itu dipakai berpatutan dengan tempatnya nescaya sedaplah bunyinya dan ~lah dengan ertinya;

4. [arkaik] = bersetuju tertarik hati kepada, berasa senang akan, berkenan:
jika tuan ~ ambillah;

5. = bersetuju, bersetujuan berbetulan (dengan), bertepatan (dengan);

menyetujui, mempersetujui menyatakan bersetuju dengan, tidak menentang atau membangkang (pendapat dan lain-lain), membenarkan, mengiakan:
rasa berat hati anakanda hendak ~nya;
permintaan itu dipersetujuinya;

menyetujukan, mempersetujukan menjadikan setuju, mencocokkan, mengakurkan, menyesuaikan;

persetujuan
1. pernyataan setuju (memperkenankan, membenarkan), pembenaran, pengesahan:
pernikahan anaknya tempoh hari tidak mendapat ~nya;

2. sesuatu yang telah dipersetujui (oleh kedua-dua belah pihak), kata sepakat yang dicapai, perjanjian:
akhirnya mereka mendapat ~ membuka kedai buku dengan modal lima puluh ringgit seorang;

3. perihal setuju, kecocokan, keselarasan, kesesuaian;

menuju
1. = ~ ke = ~ arah ke pergi ke, arah ke:
maka kedua-dua hulubalang itu berjalanlah ~ gunung itu;

2. mengikut arah (hala), mengabah, mengarah, menghala:
pembuluh ini masuk ~ ke hati;

3. membalingkan (melontarkan) kepada:
melempar ~ tampuk;

4. menghendaki, memaksudkan:
engkau yang ditujunya, tetapi yang lain yang didapatinya;

5. bermaksud untuk mencapai, bertujuan untuk menuntut sesuatu:
segala perintah dan hukumnya itu ~ kepada suatu perkara yang besar, iaitu kesenangan hati bagi segala rakyatnya juga;

menujui menuju:
tidak lama kemudian sampailah mereka ke negeri yang ditujui;

menujukan
1. membawa sesuatu arah ke, mengarahkan ke, mengacukan ke:
kapal itu hendak ~ haluannya ke laut;

2. mengalamatkan kepada, mengarahkan kepada, menyampaikan kepada:
Radio Malaysia sedang merancang siaran dalam bahasa Perancis yang ditujukan kepada pendengar di Vietnam;

tertuju
1. kena tuju, dituju;

2. = ~ kepada diarahkan (dialamatkan, dimaksudkan, ditujukan) kepada:
kedua-dua matanya tetap ~ ke muka Muhammad Sani;

3. [kiasan] tertumpu (pada):
fikirannya ~ kepada gadis genit itu;

tujuan
1. arah, hala, haluan;

2. yang dituju, maksud, matlamat, tuntutan:
tiap-tiap manusia berusaha untuk mencapai ~ ini;
~ penderita
= pelengkap ~ [Indonesia] objek (dalam ayat), penyambut (dalam ayat);

bertujuan
1. mempunyai tujuan, ada yang dituju (dimaksudkan), berhaluan:
nampaknya tuan hamba juga ~ hendak ke tempat mereka;

2. [Indonesia] memakai penyambut atau objek (ayat dan lain-lain);

ketuju;
~ di hati
a) tertarik hati, terpikat hati, suka;
b) yang disukai, yang digemari;

diketujui [arkaik] disukai, digemari;

penuju;
~ di hati ketuju di hati.

berkongsi