menetas
1. memotong (membelah dan lain-lain) supaya terbuka, meretas:
~ jahitan;
2. keluar daripada telur:
anak-anak ayam yang baru ~ sudah boleh berjalan;
3. pecah dan terbuka kulitnya (telur yang sudah diram):
dalam tempoh sepuluh hari telur itu pun ~lah;
menetaskan
1. mengeramkan (telur) supaya menetas, menjadikan menetas;
2. [kiasan] menimbulkan sesuatu perkara dan lain-lain, membangkitkan, menelurkan, menimbulkan;
penetasan proses menetaskan telur:
~ udang galah;
penetas
1. alat yang digunakan untuk menetaskan telur:
telur burung ini ditetaskan dengan menggunakan alat ~;
2. pihak (orang atau syarikat) yang mengusahakan kerja penetasan:
anak ayam itu dibawa dari syarikat ~ di Pekan Nenas.
berkongsi