menterjemah membuat kerja-kerja terjemahan;
menterjemahkan
1. memindahkan (karangan dan lain-lain) daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain, mengalihbahasakan:
masalah kekurangan buku dalam bahasa kebangsaan boleh diatasi dengan ~ buku-buku bahasa Inggeris;
2. [kiasan] membawa pengertian, mentafsirkan:
penguatkuasaan boleh diterjemahkan sebagai langkah menolak perniagaan dan mengarahkan para pelabur ke pasaran lain;
3. menukarkan atau mengubah sesuatu kepada keadaan, bentuk dan sebagainya yang konkrit atau nyata:
segalanya akan menjadi kenyataan sekiranya kita ~ impian itu kepada pelan tindakan yang berkesan;
terjemahan
1. hasil daripada menterjemahkan, yang (telah) diterjemahkan:
di samping cerpen asli dimuat juga cerpen ~;
2. cara (gaya, kaedah) menterjemah;
~ bebas cara menterjemah yang menunjukkan bahawa penterjemah tidak mengikuti gaya penulisan atau penyampaian penulis asal karya yang diterjemahkan;
penterjemahan perihal (kerja, usaha, dan sebagainya) menterjemahkan;
penterjemah orang yang menterjemahkan sesuatu, juruterjemah.