1. tempat (titik dan lain-lain) yang letaknya di antara dua tepi (batas, benda, dan lain-lain), bahagian di antara hujung dengan pangkal, lawan tepi (hujung):
ia berdiri di ~ bukan di tepi;
di ~ jalan mereka itu berdiri pula sejurus sambil melayangkan mata ke sana ke mari;
2. seperdua dr, separuh:
hingar bingar itu terus-menerus hingga ke ~ malam;
~ dua satu satu perdua;
~ dua puluh lima belas;
3. di dalam, di antara (masyarakat dan lain-lain), di kalangan:
ia lebih suka bekerja diam-diam dan tidak suka mencari nama di ~-~ orang ramai;
4. dalam:
ikan haruan di ~ sawah dan kuang di ~ rimba tidak selalu galak;
5. (anak dan lain-lain) di antara yang sulung dan yang bongsu:
yang tua laki-laki Baginda Mani Parindan dan yang ~ Raja Akar Muluk Syah namanya;
6. sedang (melakukan sesuatu), dalam pada itu, pada waktu (ketika) itu:
Sultan Mahmud pun ~ santap;
~ berat sedang sarat (orang mengandung);
~ hari lebih kurang pukul 12 siang;
~ harungan di tengah laut;
~ malam lebih kurang pukul 12 malam;
~ naik
a) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9 pagi);
b) sudah mulai besar (anak yang berumur lebih kurang 15 tahun);
~ rumah = ~ ruang bahagian rumah yang di dalam;
~ tapak bayang ketika matahari tepat di atas kepala;
~ tubuh separuh umur;
~ turun lebih kurang pukul tiga petang;
ke tengah
1. menuju (menghala, mengarah) tengah;
2. [kiasan] ke pengetahuan orang ramai, ke khalayak ramai:
tidak apa-apa pun keterangan yang boleh dibawa ke tengah;
(boleh) dibawa ~
a) boleh diadukan;
b) boleh didengar (dilihat dan lain-lain);
(boleh) ~ ke tepi [kiasan] dapat menyesuaikan diri;
menjadi perantara dalam perselisihan dan lain-lain, mendamaikan (orang yang berbantah, bertengkar, dan lain-lain), mencampuri (perbualan orang dan lain-lain);
mengetengahkan
1. membawa ke tengah:
~ perahu;
2. memberitahu kepada, mengemukakan (usul, cadangan, dan lain-lain), mengutarakan, memajukan:
terasa mahu hendak ~ perkara itu;
3. menampilkan ke muka, menonjolkan, mengemukakan:
beliau sebenarnya seorang pengarah yang boleh diketengahkan;
4. mengadukan kepada (hakim, pengadil, dan lain-lain);
setengah
1. separuh, seperdua:
luasnya tanah itu ~ ekar;
bekerja ~ hari;
2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak … betul;
3. [bahasa percakapan] kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila:
bercakap merepek-repek tidak tentu hala seperti percakapan orang ~;
4. setengah-setengah;
~ hati tidak dengan sungguh-sungguh hati;
~ masak
a) belum masak betul (tentang buah-buahan dan lain-lain);
b) [kiasan] orang yang tidak mempunyai pengetahuan yang cukup atau luas;
~ mati hampir akan mati;
~ mengerti tidak mengerti betul-betul;
~ rasmi tidak rasmi benar;
~ tiang [kiasan] agak gila;
~ umur (baya, tua) kira-kira berumur 35-40 tahun;
setengah-setengah
1. beberapa (orang dan lain-lain), sebilangan (sebahagian) daripadanya, sesetengah:
sesudah sembahyang maghrib ~ orang berangkat pulang, ~ pula duduk berzikir;
dalam bahasa Melayu vokal di akhir ~ kata dan kata pinjaman dibunyikan sebagai a tetapi yang lain sebagai e pepet;
2. tidak dikerjakan (diselesaikan) dengan sempurna, kepalang, kepalang tanggung, tanggung-tanggung:
kalau bekerja hendaklah betul-betul jangan ~;
sesetengah beberapa (orang dan lain-lain), sebilangan (sebahagian) daripadanya, setengah-setengah;
bertengah [sastera lama] naik dan lain-lain setengah (gunung dan lain-lain):
baru kira-kira ~ gunung itu, maka tidaklah ternaiki lagi oleh segala mereka;
menengah
1. menuju (menghala) ke tengah, pergi ke tengah:
dari pinggir ia ~;
2. yang di tengah-tengah, sedang (tidak besar dan tidak kecil);
anak ~ anak yang di tengah-tengah (ada kakak dan adiknya);
pegawai ~ pegawai yang pangkatnya antara pegawai tinggi dengan pegawai rendah;
sekolah ~ sekolah yang peringkatnya antara institusi pengajian tinggi (seperti universiti dan sebagainya) dan sekolah rendah;
~ tulang bumbungan (punggung) (peribahasa) [Minangkabau] mahal tidak murah pun tidak (harga);
menengahi mengantarai (mendamaikan, meleraikan) perselisihan dan lain-lain, mengetengahi:
ia datang ~ pertengkaran itu;
tengahan = wang ~ [Indonesia] setengah rupiah (suku);
pertengahan
1. tempat (titik waktu dan lain-lain) yang di tengah-tengah atau kira-kira di tengah-tengah:
maka pada ~ jalan itu, bertemulah ia dengan suatu sungai;
pada ~ tahun tujuh puluhan pada tahun 1975 (mungkin juga pada lewat tahun 1974 atau awal tahun 1976);
2. setengah atau separuh (melakukan sesuatu):
hatta sedang ~ bendahara makan, Raja Kedah pun datang;
3. [bahasa percakapan] sedang:
dia ~ makan sekarang;
4. tidak berapa tinggi dan tidak rendah dan lain-lain, sedang, sederhana:
bukit itu ~, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah;
5. sama banyak, rata-rata;
penengah
1. yang terletak di tengah-tengah;
2. perantara, pelerai, pendamai (dalam perselisihan dan lain-lain).