tempurung I

1. kulit yang keras pada beberapa jenis buah (terutama kulit buah kelapa):
senduk itu dibuat daripada ~ kelapa;

2. kulit kelapa yang keras yang dibelah dua (untuk bekas air dan lain-lain), batok, geluk:
pengemis-pengemis itu menghulurkan ~ mereka kepada orang-orang yang lalu di depan mereka;

3. sesuatu yang menyerupai tempurung;
~ betina belahan tempurung yang di sebelah bawah;
~ jantan belahan tempurung yang di sebelah atas;
~ kepala = ~ otak tulang kepala yang melindungi otak;
~ lutut tulang bulat pada lutut di sebelah depan, Patella rotula;
~ rebab
badan rebab (biasanya daripada tempurung).

berkongsi