telaah

penilikan, pemeriksaan, penelitian, penyelidikan;

menelaah
1. mengkaji semula (mengulang) pelajaran:
Ani maju dalam pelajaran disebabkan dia rajin ~;

2. memeriksai, meneliti, menyelidiki:
ia berhati-hati ~ petanya dengan menentukan haluan dengan kompas itu;

3. menilik, menelah, meramalkan (nasib dan lain-lain):
dia ~ bahawa peperangan di Vietnam akan tamat pada tahun depan;

penelaahan perbuatan atau proses menelaah:
terserahlah kepada generasi kita kini untuk melakukan ~ intelektual dan pentafsiran sejarah yang mendalam;

penelaah orang yang menelaah:
dia seorang pemerhati dan ~ yang rajin;

= mutalaah.

berkongsi