tarik

[bahasa percakapan] = menarik~ layar menaikkan layar;
~ muka dua belas [bahasa percakapan] tidak keruan air mukanya;
daya ~ keupayaan untuk menarik;

bertarik-tarik [bahasa percakapan] bertarik-tarikan;

bertarik-tarikan saling menarik antara satu sama lain;
~ tali [Indonesia] melatih tenaga (menguatkan badan) dengan menarik tali;

menarik
1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dan lain-lain), menyentak, menyeret:
~ perahu ke darat;

2. [kiasan] mencabut, mengambil, menghunus, menyedut, dan lain-lain:
kipas-kipas itu hendaklah dipasang supaya dapat ~ udara yang bersih dari luar masuk ke dalam bilik itu;

3. = ~ hati memikat hati:
permainan yang sungguh istimewa dan ~;
~ akar

a) mencabut akar;
b) [Indonesia] mencari punca ganda dua seperti √25 = 5, mengorak;
~ balik memanggil pulang (askar, wakil, dan lain-lain), mengambil balik, mencabut balik;
~ bayaran mengutip (memungut) bayaran;
~ bea memungut bea;
~ beca mengayuh beca;
~ biaya
a) meminta atau memerlukan biaya;
b) = ~ ongkos banyak makan ongkos;
~ diri meletakkan jawatan, enggan menerima jawatan, keluar dari perhimpunan dengan kemahuan sendiri;
~ garis [Indonesia] membuat garis;
~ hati
a) memikat (menawan) hati;
b) menyukakan (menghiburkan, menggirangkan) hati kerana cantik dan lain-lain;
c) menimbulkan atau membangkitkan rasa kasih (sayang, ingin, dan lain-lain);
d) = menarik-narik hati mempengaruhi (menggoda) hati orang lain;
e) = ~ perhatian = ~ minat membangkitkan perhatian (minat) seseorang;
~ hutang menuntut atau menagih hutang;
~ kembali menarik balik;
~ kepada diri memakaikan pakaian dan lain-lain kepada diri sendiri;
~ keris (pedang dan lain-lain) menghunuskan keris (pedang dan lain-lain);
~ kesimpulan membuat kesimpulan;
~ keuntungan (untung) mengambil untung;
~ lagu (qasidah, nyanyi, pantun) mulai bernyanyi (berlagu, berqasidah, dan lain-lain);
~ langkah
a) melangkah (dalam pencak silat dan lain-lain);
b) = ~ langkah seribu melarikan diri dari musuh dan lain-lain (kerana ketakutan);
~ layar menaikkan layar;
~ loteri
a) membuka atau mengundi loteri;
b) menang loteri (undian);
~ modal mempelawa orang (negeri lain dan lain-lain) menanam modal;
~ muka [bahasa percakapan] berubah air muka;
~ muka dua belas = ~ muka masam [bahasa percakapan] bermuka masam;
~ muka panjang nampak perasaan kecewa pada air muka seseorang;
~ mundur menarik kembali, memanggil supaya mundur (tentera dan lain-lain);
~ nafas
a) menyedut udara;
b) = ~ nafas panjang mengeluh, mengesah;
~ nafas yang terakhir (penghabisan) mati;
~ nyawa (jiwa) sudah hampir mati;
~ ongkos banyak menggunakan belanja;
~ otot keras hati, tidak mahu mengalah;
~ pajak (bea, cukai, yuran, dan lain-lain) memungut atau mengutip (cukai dan lain-lain);
~ panjang
a) menjadikan panjang;
b) melanjuntukan sesuatu perkara ke mahkamah;
~ suara
a) mulai menyanyi dengan suara yang nyaring;
b) meninggikan suara;
~ surat (tuan tentang …) [Indonesia] merujuk surat (tuan tentang …);
~ surut menghela surut, menarik mundur;
~ tali
a) sukan yang mempertandingkan atau menguji kekuatan dua pasukan dengan menarik sekuat-kuatnya seutas tali dandan ke arah yang bertentangan;
b) [kiasan] pergelutan antara dua pihak untuk merebut sesuatu (hak dan sebagainya):
hakikatnya, bekas suaminya masih bermain ~ tali dalam kes penjagaan anak itu;
~ urat leher
keras hati, tidak mahu mengalah;
ditarik ia menanduk, diiringkan ia menyepak (peribahasa)
a) orang bodoh yang tidak mahu menurut bicara orang;
b) orang yang suka mengacau di dalam sesuatu permuafakatan, dikemukakan tidak baik, dikemudiankan pun tidak baik pula;

mempertarikkan menyeret, menghela;

tertarik
1. sudah ditarik (dihela, diseret, diheret);

2. [kiasan] berasa suka (ingin dan lain-lain) kepada, terhibur oleh, terpikat (hatinya) oleh:
memang banyak orang yang ~ oleh suara yang lemah lembut;

tarikan
1. sesuatu yang ditarik, hasil menarik;

2. daya menarik, perihal menarik:
~ bumi ke atas sesuatu benda yang berdekatan dengannya disebut berat benda itu;

penarikan perihal atau perbuatan menarik;

penarik orang yang menarik, alat (kuasa) yang menarik;
~ beca orang yang kerjanya menarik beca;
binatang ~ binatang (kerbau, kuda, dan lain-lain) untuk menarik bajak dan lain-lain.

berkongsi