tapak I

1. bidang kaki (kasut, tangan) sebelah bawah, telapak;

2. = ~ kaki bekas kaki, jejak kaki;

3. langkah:
belum lagi beberapa ~ kami berjalan aku nampak cahaya lampu suluh dari belakang;

4. bahagian sebelah bawah dari sesuatu, dasar:
~ piramid;

5. [kiasan] asas (dasar atau tempat) melakukan atau memulakan sesuatu;
~ ani bahagian alat tenun yang dihubungkan oleh belebas;
~ bangunan tanah tempat membina bangunan;
~ besi ladam pada kuku kuda (kasut dan lain-lain);
~ binaan tempat akan didirikan bangunan dan sebagainya;
~ cangkir alas cangkir;
~ catur petak-petak pada papan catur;
~ cindai corak selirat yang cerah (pada kain);
~ itik [Kedah] roda besi pada traktor membajak sawah yang menghasilkan corak seperti tapak itik apabila digunakan untuk membajak sawah;
~ jalak tanda palang yang hujungnya bercabang;
~ kadam bekas pijakan kaki;
~ kaki
a) telapak kaki;
b) bekas pijakan kaki;
~ kasut alas kasut;
~ kedidi sejenis corak membubuh papan untuk dinding rumah;
~ kek bangku tempat duduk (pada alat tenun):
~ kuku telapak kaki kuda;
~ lawang cembul pada buah manggis;
~ rata [Indonesia] telapak kaki yang tidak lekuk-lekuk;
~ rumah tanah tempat mendirikan rumah;
~ semaian tempat menyemai benih atau menanam anak pokok;
~ sulaiman gambar bintang yang bersegi enam;
~ tangan
a) telapak tangan;
b) [Indonesia] tandatangan;
~ tukul kesan melakukan sesuatu;
tengah ~ bayang tengah hari benar (ketika matahari tepat di atas kepala);
tiga ~ bayang-bayang waktu ketika bayang-bayang tiga telapak tangan panjangnya;
cium ~ tangan, berbaukah atau tidak (peribahasa) lihat diri sendiri, terlebih dahulu sebelum mencela orang lain;
kecil ~ tangan nyiru saya tadahkan (peribahasa) menyatakan sangat berterima kasih atas nasihat atau pertolongan orang;

setapak
1. sebesar tapak tangan;

2. sepanjang tapak kaki:
alamat akan jauh lakinya yang selama ini belum pernah bercerai dengan dia barang ~ jua;

3. ki selangkah:
~ demi ~ dia undur;
~ jangan lalu, ~ jangan surut
(peribahasa) tetap pendiriannya, tidak berkocak hati atau iman ketika menghadapi sesuatu kejadian;

tapak-tapak sejenis lapik (alas kaki), sandal, selipar, capal;

bertapak
1. mempunyai tapak, ada tapaknya:
kon yang ~ bulat;

2. berjejak, berpijak, melangkah:
seolah-olah kakinya tidak ~;
~ maju
melangkah maju;

3. mendapat tempat untuk melakukan sesuatu dan lain-lain:
Datuk Bendahara tidak suka Kompeni ~ di negeri kita;

4. bermula (melangkah dan sebagainya) daripada sesuatu pangkalan (dasar, asas, dan sebagainya), menjadikan sesuatu asas (dasar dan sebagainya) untuk melakukan sesuatu (kegiatan, usaha, dan sebagainya);

5. = bertapakkan mendapatkan sokongan dr:
pemerintahan yang ~ kehendak rakyat;

6. [Melaka] teguh dan kuat kedudukannya (kaya, bangsawan, dan lain-lain):
Kamal dan keluarganya itu orang ~;

menapak
1. memijakkan kaki pada, mengenakan kaki pada:
kakinya ~ tanah;

2. mengukur dengan tapak (kaki atau tangan);

3. melangkah:
dengan langkah yang tidak bermaya ia pun ~lah ke kamar datuk;

4. mengikut jejak (binatang dan lain-lain);

5. berjalan kaki:
dia terpaksa ~ ke surau kerana basikalnya rosak;

menapaki menyelidiki, mengusuti;

ketapakan = ~ balai = tapakan [sastera lama] tempat kehormatan di balai penghadapan:
bentara seramai empat puluh orang berdiri di ~ balai di saat orang menghadap dan menjunjung duli;

pertapakan
1. pelan yang menunjukkan susunan bahagian-bahagian daripada sesuatu;

2. asas kedudukan, tempat bertapak (untuk melakukan sesuatu dan sebagainya):
sementara itu kaum bukan Melayu masing-masing pula amat kukuh ~ masing-masing dalam ekonomi pasaran.

berkongsi