tangan

1. anggota tubuh dari kepala bahu sampai ke hujung jari, anggota tubuh dari pergelangan tangan sampai ke hujung jari:
perahu sudah di air, pengayuh sudah di ~;

2. [kiasan] sesuatu yang menyerupai tangan atau yang digunakan seperti tangan;

3. [kiasan] kuasa, pegangan, pengaruh, perintah:
semua harta di ~ kita;
kuasa memerintah negeri terletak dalam ~ rakyat;
~ baju
bahagian baju yang membalut tangan, lengan baju;
~ besi pemerintahan yang keras;
~ dingin selalu menjadi perbuatannya (seperti menanam pokok, mengubat penyakit, dan lain-lain);
~ jahat orang yang berbuat jahat (mencuri dan lain-lain);
~ kanan
a) tangan sebelah kanan;
b) pembantu yang terutama;
~ kosong = berhampa ~ tidak mendapat (membawa) apa-apa;
~ naik selalu menang dalam perjudian;
~ panas segala perbuatannya selalu gagal, sial;
~ terbuka
a) suka menolong orang yang dalam kesusahan, murah hati;
b) = dengan ~ terbuka (dengan) ikhlas atau suka hati (menerima sesuatu dan lain-lain);
~ turun selalu mendapat kerugian (dalam perjudian), tidak beruntung;
dari ~ ke ~ dari seorang ke seorang;
~ bagai lipas kudung (peribahasa) perihal orang yang tangannya tidak mahu diam (seperti kanak-kanak);
~ kanan jangan percaya ~ kiri = luka ~ kanan oleh ~ kiri (peribahasa) jangan terlalu percaya pada sahabat kerana kerap kali sahabat juga yang mencelakakan kita;
~ mencencang (memetik) bahu memikul (peribahasa) kesalahan yang kita buat itu kita sendirilah yang menanggungnya;
~ penat memerah, pasu mendapat santannya (peribahasa) orang lain yang bersusah payah, orang lain pula yang mendapat nikmatnya;
~ yang celaka, kerja jatuh (peribahasa) beroleh kerugian kerana perbuatan ahli keluarga yang tidak senonoh;
dalam genggaman ~ orang (peribahasa) di bawah kuasa orang lain;
digenggamnya ~nya (peribahasa) perihal orang kikir yang tidak sedikit pun sudi menolong orang yang sengsara;
makan ~ (peribahasa) mendapat rezeki lebih daripada yang diharap-harapkan;

tangan-tangan
1. kelek-kelek (kerusi);

2. selusur pada tangga;

3. tempat berpegang (pada basikal);

4. palang pada neraca dan lain-lain;

tangan-menangan dari tangan ke tangan, bukan dari asalnya;

menangani
1. . mengerjakan (sendiri), membuat sendiri, mengusahakan:
pekerjaan yang berat-berat pun ditanganinya;
masih belum ada sesiapa pun antara kita yang ~ bidang ini secara bersungguh-sungguh;

2. = menangankan memukuli (dengan tangan) supaya jera, mengajar:
kalau tidak mengenangkan ketololan adiknya, tadi lagi sudah ditanganinya;
suruh dia datang sekarang juga, kalau tidak akan aku tangankan;

tanganan
1. tangan-tangan;

2. hasil daripada pekerjaan, buatan;

penanganan perihal (perbuatan, cara) menangani;

penangan pukulan dengan tangan:
sekarang suruh dia tampil ke muka, dan biar dia merasa ~ dari tanganku sendiri.

berkongsi