tanda I

1. lambang atau simbol yang digunakan dalam tulisan yang mempunyai erti tertentu:
kesilapan yang selalu dilakukan oleh kanak-kanak ialah meninggalkan ~ koma, noktah, seruan;

2. lambang dan lain-lain yang digunakan untuk mengenali (mengetahui, mengecam, dan lain-lain) sesuatu;
~ pangkat tanda yang menunjukkan tingkatan dalam tentera dan lain-lain;
papan ~ papan nama sesuatu tempat (kawasan, syarikat, dan sebagainya);

3. perbuatan (suara dan lain-lain) sebagai isyarat, isyarat:
ia mendehem sedikit akan jadi ~ bagi orang yang ada di atas rumah, bahawa ia telah datang;

4. alamat (akan berlakunya sesuatu dan lain-lain):
jika ada laki-laki yang dapat mengembalikan kepercayaanku yang telah rosak ini, maka itu ~nya aku akan mati;

5. barang apa yang menjadi keterangan sesuatu perbuatan, bukti:
tidak ada ~-~ yang boleh dipegang yang menunjukkan ia mempunyai perhubungan dengan Kamal;

6. hal yang menunjukkan sesuatu (penyakit dan lain-lain), gejala:
ada tiga ~ untuk mengenali penyakit baka sawan ini;
~ angka ganda
(Matematik) angka yang menunjukkan beberapa kali sesuatu angka digandakan;
~ baca = ~ bacaan tanda-tanda dalam tulisan (vokal pada huruf Jawi, noktah, koma, koma bertitik, dan lain-lain);
~ bahagi tanda (÷) yang menunjukkan bahawa sesuatu angka harus dibahagi;
~ bahaya tanda yang menunjukkan bahawa ada bahaya;
~ bertunang cincin dan lain-lain yang menunjukkan seseorang itu telah bertunang;
~ beti bukti yang menunjukkan sesuatu kejahatan;
~ bukti penyataan telah berbukti;
~ cema bukti-bukti untuk menuduh (mengadukan pada hakim);
~ cerai [Indonesia] sempang untuk memisahkan suku kata (huruf dan lain-lain);
~ gambar [Indonesia] lambang untuk sesuatu parti atau calon dalam pilihan raya;
~ hayat = ~ hidup = ~ kenangan = ~ mata barang pemberian untuk peringatan;
~ hormat isyarat untuk menghormati seseorang;
~ koma (,);
~ kali (darab) (x);
~ kurung ( );
~ kurung dakap { };
~ kurung siku [ ];

~ kutip = ~ petik [Indonesia] tanda pembuka kata (dalam tulisan …);
~ lahir tompok yang biasanya berwarna merah atau coklat pada kulit seseorang sejak lahir;
~ mati tanda º pada tulisan Arab yang menunjukkan bahawa sesuatu huruf itu mati;
~ niaga simbol (logo) atau perkataan yang telah didaftar mengikut undang-undang sebagai tanda kepunyaan (hak) sesuatu kilang pembuatan (orang perseorangan dan sebagainya);
~ panah tanda penunjuk (®);
~ pangkat tanda yang menunjukkan pangkat (dalam tentera dan lain-lain);
~ penghubung sempang untuk menghubungkan suku kata (kata);
~ peringatan barang yang dipakai sebagai peringatan;
~ perpuluhan tanda desimal;
~ pundak tanda pangkat pada bahu;
~ selar cap besi bakar (pada kulit);
~ serah wang perbelanjaan perkara menurut adat;
~ seru = ~ seruan (!);
~ tambah [Indonesia] = ~ campur (+);
~ soal (?);
~ sudut (<);
~ tanya [Indonesia]
a) tanda soal;
b) hal yang belum terang lagi (yang masih memerlukan penjelasan);
~ terima (penerimaan) surat tanda telah menerima wang dan lain-lain, resit;
~ tinggi tanda yang menyatakan tinggi tempat (dari aras laut) dalam peta;

bertanda
1. ada tandanya, bercap dengan (tanda nama dan lain-lain):
penutupnya ada ~ rusa, kotaknya dicetak dengan perkataan yang berbentuk lekuk dan warna-warni;

2. sudah bertunang;

bertanda-tandaan bertukar cincin tanda (sebagai bukti sudah bertunangan);

menandai
1. membubuh tanda pada sesuatu (supaya dapat dikenali), memberi bertanda, menunjukkan (dengan tanda dan lain-lain), membubuh cap, dan lain-lain:
mana-mana yang amat penting isinya, lalu dinyatakannya atau ditandai, supaya segera diperlihatkan kepada tuannya;

2. membubuhtandatangan, menandatangani (surat dan lain-lain);

3. mengetahui atau mengenali sesuatu (dengan melihat tanda-tandanya), mengecam:
hal ini boleh ditandai dengan rasa mual, sakit pinggang, sesak nafas, kaki membengkok, dan sebagainya;

4. memerhati (melihat) dengan teliti, mengamat-amati:
marilah engkau kutandai supaya engkau kukenal;

5. mencatat supaya diketahui:
pukul lapan pagi, Cikgu mulai ~ kedatangan kanak-kanak;

menandakan
1. menyatakan atau menunjukkan (bahawa), menjelaskan:
kerusi-kerusi rotan telah kelihatan buruk ~ tidak berapa dijaga;

2. menjadi tanda (isyarat), memberi alamat bahawa:
ia berdiam diri itu ~ bahawa ia sangat marah;

3. memberitahukan dengan menggunakan tanda (isyarat), membubuh tanda supaya diketahui (dimaklumi dan lain-lain):
panduan jalan raya ditandakan dengan papan-papan tanda;

4. membuktikan dengan:
tidak ada buktinya ~ ia berdosa;

tertanda
1. dibubuh tanda;

2. ditandatangani;

pertandaan alamat, gelagat, isyarat;

penandaan perihal menandai:
titik digunakan untuk menggantikan koma dalam ~ perpuluhan di Indonesia;

petanda, pertanda
1. tanda, alamat:
pertumbuhan badan-badan kesatuan sekerja merupakan ~ baik bagi membela nasib pekerja-pekerja;

2. (Palembang) [arkaik] pemberian ketika bertunang;

penanda apa yang digunakan sebagai tanda, sesuatu yang menandakan:
lepaskan pula air dari dalam buret itu hingga sampai pada paras kertas ~ tabung uji kosong ini.

berkongsi