tanah I

1. lapisan bumi yang di atas sekali:
~ kaki tiang rumahnya pun digali, dibuangkan ke laut;

2. keadaan bumi di sesuatu tempat:
daerah itu subur ~nya;

3. bahagian permukaan bumi yang diberi bersempadan:
tiap-tiap seorang penduduk diberi ~ seluas lima ekar untuk bercucuk tanam;

4. negeri, daerah, wilayah:
T~ Melayu;
T~ Lampung;

5. bahan-bahan bumi (pasir, batu, dan lain-lain) sebagai campuran dengan bahan yang lain:
rumahnya tidak bertiang tinggi sebagai rumah kita, ia cuma rumah ~ berdindingkan tanah liat atau tanah keras;

6. warna dasar (pada kain dan lain-lain):
warna ~ baju yang dipakainya itu hitam;
~ air

a) negeri tempat seseorang dilahirkan;
b) daerah yang di bawah sesuatu pemerintahan;
~ bendang tanah (untuk) sawah;
~ beroya ark pasir yang hanyut;
~ besar tanah daratan yang luas sebagai lawan pulau;
~ cempaka belerang kasar (ketul-ketul belerang yang diambil dari lombong);
~ dangkal tanah yang tidak subur;
~ datar = ~ pamah = ~ rata tanah yang rata (dataran);
~ daun = ~ labu ark tanah daripada daun-daun yang lama terpendam, humus;
~ dingin negeri yang berhawa dingin;
~ gambut = ~ hitam tanah yang bercampur dengan tumbuh-tumbuhan yang telah reput (banyak mengandungi karbon);
~ gembur tanah subur yang terdiri daripada campuran pasir dan tanah liat serta bahan-bahan organik lain;
~ goyang ark gempa bumi;
~ haram
a) kawasan suci (Mekah, Madinah);
b) tanah yang didiami tanpa kebenaran kerajaan;
~ hidup [Indonesia] tanah yang diusahakan (ditanami);
~ jajahan negeri (daerah) yang dijajah oleh negara asing;
~ kampung perkarangan, kawasan rumah;
~ kebun tanah untuk berkebun;
~ kerajaan
a) tanah kepunyaan raja;
b) tanah kepunyaan kerajaan;
~ kering
a) tanah yang tidak diusahakan;
b) huma, ladang;
~ kompeni tanah kerajaan di Negeri-Negeri Selat;
~ kongsi [Indonesia] bahagian dari tanah persendirian yang tidak jadi tanah usaha;
~ kosong tanah yang tidak didiami atau diusahakan orang;
~ kuburan (mati, perkuburan) tanah tempat menanam orang mati (mayat);
~ kuripan ark tanah kepunyaan orang perseorangan;
~ kurus [Indonesia] tanah yang tidak berapa subur;
~ lalang kawasan tanah tinggal yang dipenuhi lalang;
~ lanar (Geografi) tanah dan lain-lain yang dibawa oleh air;
~ lapang kawasan yang hanya ditumbuhi rumput, padang;
~ leluhur [Indonesia] negeri asal orang-orang yang mendatang;
~ liat tanah yang terdiri daripada zarah-zarah halus batu-batan yang luluh hawa;
~ lombong kawasan tanah untuk menambang (melombong);
~ mati
a) tanah yang tidak diusahakan lagi;
b) tanah kuburan (perkuburan);
c) kawasan tanah tandus yang disebabkan hakisan di Amerika Utara;
~ menanjung (semenanjung) tanah yang menganjur ke laut, jazirah;
T~ Mengandung Sri Menanti;
~ mentah [Indonesia] tanah milik negara;
~ merah sejenis tanah liat berwarna merah yang mengandungi zat besi (biasanya digunakan untuk membuat jalan);
~ milik tanah hak milik orang;
~ milik bebas tanah (ladang, estet) yang boleh dimiliki untuk selama-lamanya;
~ nampal (napal) sejenis tanah liat yang boleh dimakan;
~ nap lumpur yang dibawa oleh air;
~ negara [Indonesia] tanah kepunyaan kerajaan;
~ partikelir [Indonesia] tanah milik tuan tanah (yang dibeli dari kompeni Belanda);
~ pegangan pajak tanah (ladang, estet) yang dipajakkan kepada seseorang (syarikat dan sebagainya) untuk jangka masa tertentu;
~ penganjur tanah yang menganjur ke laut, tanjung;
~ pekat [Indonesia] tanah liat;
~ pinggir tanah yang diberi kepada penduduk oleh kerajaan untuk diusahakan (biasanya terletak di pinggir kampung);
~ pusaka tanah peninggalan nenek moyang, tanah yang diwarisi;
~ rap = ~ rat tanah yang telah siap untuk ditanami;
~ raya benua;
~ sewa tanah yang disewakan (untuk sewaan);
~ suci tanah atau negeri dianggap suci oleh penganut agama (seperti Mekah bagi umat Islam dan Palestin bagi penganut agama Kristian dan lain-lain);
~-tanih segala macam tanah;
~ tinggal tanah yang tidak ditanami atau didiami;
~ tol tanah yang diberi kebenaran duduk sementara;
~ tumpah darah tempat dilahirkan;
~ ulayah tanah hutan yang belum diusahakan tetapi sudah bertuan;
~ usaha [Indonesia] tanah milik yang diusahakan orang lain;
~ wakaf tanah yang didermakan untuk kegunaan umum;
~ lembah kandungan air, kayu bengkok titian kera (peribahasa) tiap-tiap sesuatu sebab yang ada itu akan mendatangkan sebab yang lain;
bagai ~ pelempar balam (peribahasa) usaha yang tidak sungguh-sungguh jika berhasil syukur jika tidak, tidak mengapa;
bukan ~ menjadi padi (peribahasa) sia-sia sahaja berusaha meninggikan darjat sesuatu yang tidak berharga lagi;
di mana ~ dipijak di situ langit dijunjung (peribahasa) hendaklah sentiasa menurut adat negeri yang didiami;
kalau digali ~ berbingkah, ~ berderai yang akan bertemu (peribahasa) usahlah dicari sangat siapa yang salah siapa yang benar dalam perselisihan di kalangan keluarga, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik;
mendapati ~ tersirah (peribahasa) mendapati mayat sudah dikuburkan;
menimbun ~ yang tinggi, menggali ~ yang lekuk (peribahasa) membantu orang kaya dan menganiayai orang miskin;

bertanah
1. memiliki tanah, ada tanahnya:
cara Melayu ~ ialah selagi petani-petani itu menunaikan syarat-syarat yang dikenakan kepadanya, ia tidak boleh diusir dari tanah itu;

2. dipenuhi tanah, diselaputi tanah:
dia tidur dengan baju dan seluar yang ~;

3. [arkaik] berurat berakar, berakar berumbi;

mengetanahkan
1. menurunkan ke tanah, membawa ke tanah;

2. [kiasan] menurunkan darjat (kehormatan dan lain-lain);

3. mengebumikan (mayat), menguburkan:
orang dari Pagai tidak akan melihat badan hamba diketanahkan.

berkongsi