tampar I

pukulan dengan tapak tangan, tepuk (dengan kuat):
kena ~ dan nista;
biar kena ~ dengan jari yang bercincin daripada kena jentik dengan tangan yang berkudis
= kalau kena ~, biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang, biarlah dengan kaki yang pakai kasut (peribahasa) kalau tersalah dalam sesuatu perkara biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu daripada dianiaya oleh orang yang bodoh;
se~ seemas, dua ~ seemas baik ditampar benar-benar (peribahasa) sepala-pala nama jahat jangan kepalang;

bertampar bertepuk;
~ dada bertepuk dada;
~ tangan bertepuk tangan;

bertampar-tampar saling menampar antara satu sama lain;

bertampar-tamparan saling menampar antara satu sama lain;

menampar
1. memukul dengan tapak tangan, menepuk:
dua tiga kali sudah Tun Biajid diikat oleh ayahnya, sekali kerana ~ hamba raja;

2. [kiasan] memukul perlahan (angin), memuput, menempuh (ombak dan lain-lain):
angin malam yang dingin ~ tubuhnya;
kedengaran bunyi ombak perlahan-lahan ~ pantai;

menampar-nampar, menampari menampar berulang-ulang (berkali-kali):
permaisuri pun meratap juga serta menumbuk-numbuk dan ~ dada;

menamparkan menggunakan sesuatu untuk menampar, menampar dengan;

tamparan
1. pukulan dengan tapak tangan, tepukan:
dia terkenang pada ~ suaminya;

2. [kiasan] pukulan (ombak dan lain-lain), tempuhan (angin):
~ ombak yang tidak berhenti itu memecahkan timbunan batu-batan;

3. peristiwa, kritikan, dan sebagainya yang tidak menyenangkan hati:
isu bahasa itu memberikan ~ yang hebat kepadanya;
~ nyamuk
tulang belikat;

penampar pukulan dengan tapak tangan, tamparan:
sebuah ~ dari tangan kiri hinggap ke pipinya.

berkongsi