1. serat yang dipintal panjang-panjang:
~ itu dibuat daripada sabut kelapa;
2. benda yang halus panjang-panjang untuk mengikat sesuatu:
bungkusan itu diikat dengan ~ pisang;
~ agas = ~ anggas = ~ kala = ~ keleleh = ~ senam = ~ singkil tali yang dipegang oleh perempuan ketika bersalin;
~ air
a) saluran untuk mengalirkan air ke sawah dan lain-lain;
b) = ~ arus aliran arus (air);
c) [arkaik] pengairan (sawah dan lain-lain);
~ alir tali kail untuk menangkap buaya;
~ alit = ~ gasing = ~ sering tali untuk memusingkan gasing;
~ ambin tali pengikat beban;
~ anduh kain dan lain-lain yang digunakan untuk menggantungkan tangan yang patah ke bahu;
~ api (api-api) tunam, murang, sumbu;
~ ari-ari tali pusat;
~ barut
a) tali pembebat (pembarut);
b) tali pinggang;
c) [kiasan] orang yang menjadi ampama orang lain, barua;
~ batung selepang tempat menyisipkan peluru;
~ bawat tali yang diikatkan pada palang layar (untuk menggerakkan layar supaya mendapat angin);
~ belati tali buatan Eropah (daripada sisal);
~ besi [arkaik] tali daripada besi, kabel;
~ bicara ark [Indonesia] telefon;
~ bosa (kap) tali untuk menahan kabel (bergoyang dan lain-lain);
~ bubut tali untuk menurun-naikkan layar;
~ cemat tali untuk menunda (menarik) perahu dan lain-lain;
~ dahi layar tali yang mengikat bahagian layar yang di sebelah atas;
~ dogang tali yang dipegang apabila hendak mengimbangkan perahu dengan badan;
~ duga (penduga) tali untuk menentukan dalamnya laut;
~ gantung tali untuk menggantung orang (yang dihukum mati);
~ kail tali tempat diikat mata kail;
~ kajai (kejai) tali leher kuda (kalung kuda);
~ kang (kekang, kendali, tum) tali untuk mengemudikan kuda;
~ kelat
a) tali untuk menarik layar;
b) tali untuk menarik pohon yang ditebang;
~ keledar tali yang dipasang pada pinggang dan sebagainya untuk keselamatan (dalam kapal terbang, kereta, dan sebagainya);
~ kendit (kemendit) tali pinggang (daripada kulit dan lain-lain);
~ kipas tali yang berupa gelung yang dibuat daripada getah, bahan sintetik dan sebagainya yang memusingkan kipas untuk menyejukkan enjin kereta dan sebagainya;
~ ladung tali tempat bergantung batu unting;
~ leher jalur kain sutera, linen dan sebagainya yang dipakai di bawah kolar kemeja dan tergantung di dada;
~ leher kupu-kupu tali leher yang diikat dengan cara simpul pulih;
~ lenggang tali untuk menegakkan tiang layar;
~ liung sejenis selempang tempat menyisip peluru;
~ pendarat tali yang menambatkan kapal dan lain-lain ke pangkalan;
~ pendendang tali yang mengikatkan andang-andang pada tiang layar;
~ pengandak (setop, setu) tali untuk mengecilkan layar;
~ pengangguk tali untuk menggantungkan layar;
~ perampat tali untuk mengikat kemudi pada tiang goyang;
~ perimping (aris, eris, ris) tali pada tepi layar supaya layar jangan koyak;
~ persaudaraan hubungan persaudaraan;
~ perut
a) usus;
b) = ~ benang tali yang mengikat pelana (ringga) ke perut kuda (gajah);
~ pinggang tali untuk mengikat seluar supaya jangan lucut (daripada kulit dan lain-lain);
~ pupuh tali yang direntangkan untuk menandakan kawasan larangan atau pantangan;
~ pusar [Indonesia]
a) = ~ pusat bahagian usus yang menghubungkan bayi dengan urinya;
b) bahagian buah yang menghubungkan biji dengan kulit buahnya;
~ rafia
a) tali daripada serat pelepah rafia;
b) tali yang diperbuat daripada plastik dalam pelbagai warna untuk mengikat barang, kotak dan sebagainya;
~ relap tali yang diberi berambu-rambu (berjurai-jurai) untuk menghalau ikan;
~ sas tali yang mengikat pelana kuda supaya jangan tergelongsor ke hadapan;
~ sauh tali untuk mengikat sauh;
~ sawar tali untuk menghela kerbau;
~ sawat jalur tali bundar atau bulat yang digunakan untuk menggerakkan bahagian tertentu mesin dan sebagainya;
~ semberang (sidai, penyidai kain) tali untuk ampaian kain;
~ sepatu (kasut) tali untuk mengikat kasut;
~ sira tangga daripada tali;
~ sifat
a) tali hitam untuk menandai kayu yang akan digergaji;
b) tali pada batu unting;
~ suai tali yang menyangga layar;
~ tajuk tali untuk mengikat dayung pada bibir perahu;
~ tandur tali untuk menurun-naikkan bidai;
~ tangsi tali (benang) yang dilumas dengan lilin untuk tali kail;
~-temali bermacam-macam tali di kapal (perahu);
~ tudung
a) tali yang diikatkan ke dagu;
b) jambang yang nipis sampai ke bawah dagu;
~ tep pita untuk mengukur;
~ tunda tali untuk menunda perahu dan lain-lain;
~ ulang tali yang digunakan melalui beberapa kapi;
~ di dalam bungkusan, digerek tikus apa gunanya (peribahasa) seorang perempuan yang dalam pingitan telah melakukan perbuatan salah dengan diam-diam;
~ jangan putus, kaitan jangan sekah (peribahasa) menyelesaikan sesuatu perkara hendaklah dengan seadil-adilnya;
~ yang tiga lembar itu tak suang-suang putus (peribahasa) orang yang sekutu atau sebicara dalam sebarang hal ehwal itu selalu berjaya dalam pekerjaan;
bagai ~ berlembar empat, bagai tungku sejerangan (peribahasa) perbuatan yang dimesyuaratkan oleh empat orang atau difikirkan oleh seorang yang berilmu lagi berakal dan mahir tentulah jadi dengan sempurna;
bagai menghela ~ jala (peribahasa) melakukan sesuatu pekerjaan dengan hati-hati supaya tidak kerugian;
digantung sehasta ~ (peribahasa) perempuan yang ditinggalkan oleh suaminya dengan tidak diberi belanja dan tidak juga diceraikan;
sepanjang-panjang ~, sekenyang-kenyang banting (peribahasa) telah habis ikhtiar (tidak ada daya upaya lagi);
sepanjang-panjang ~, tidak sepanjang mulut manusia (peribahasa) sesuatu rahsia jika diketahui orang sebentar itu juga akan tersiar ke mana-mana;
setali bersambung (berhubung) menjadi satu, berhubungan;
bertali
1. ada talinya, memakai tali:
pada bahunya tersandang sebuah bungkusan kain yang diberi ~ panjang;
2. = [kiasan] sudah bertunangan (gadis), berikat;
~ arus banyak sekali (orang lalu lalang dan lain-lain);
~ darah ada perhubungan keluarga dengan;
~ boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing (peribahasa) hal kejahatan yang cukup keterangan dan buktinya;
diberi ~ panjang (peribahasa) membiarkan memilih apa yang disukainya;
tali-bertali bertali-tali;
bertali-tali
1. ada kaitannya dengan, berhubungan dengan:
Ungku Tanjung itu ialah keluarga tali-bertali dengan Datuk Bendahara dan Yamtuan Besar;
2. sambung-menyambung, bersambung-sambung, terus-menerus, berterusan:
di luar hujan masih ~;
3. berkait-kait, berjalin-jalin, berlibat-libat;
bertalian ada kaitannya dengan, berhubungan, berkaitan:
ketua-ketua agama mereka tidak lagi ~ atau berhubung dengan Paus di Rom;
menali menangkap lembu (kuda dan sebagainya) dengan menggunakan tali:
pertunjukan kemahiran ~ lembu, menunggang kuda liar dan sebagainya;
mempertalikan
1. mengikatkan berbelit-belit:
ia menyerah diri lalu dirantai dipertali-talikan;
2. mengait-ngaitkan dengan, melibat-libatkan dengan, memperhubung-hubungkan, memperkaitkan, menjalin-jalinkan:
jangan dipertalikan hal ini dengan perkara tadi;
3. menghubungkan (dengan), menyambungkan (dengan):
jalan raya ini ~ Kuala Lumpur dengan Seremban;
4. menjadikan bertali-tali,menyambung-nyambungkan, menghubungkan:
bukankah yang ~ hati suami isteri itu kecintaan yang penuh diikat oleh kesetiaan?
5. menjodohkan dengan, mengahwinkan:
Ramli tidak mahu dipertalikan dengan orang yang belum dilihatnya;
talian
1. wayar dan sebagainya yang menjalinkan atau menghubungkan alat-alat atau pesawat-pesawat elektrik dan sebagainya:
pastikan ~ mikrofon, alat perakam dan sebagainya semuanya teratur;
2. aliran (laluan atau sambungan) hubungan telefon;
dalam ~ (Komputer)
a) berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer;
b) berada dalam keadaan giat dan bersambung terus pada sistem utama komputer;
luar ~ (Komputer) berada di luar kawalan atau tidak lagi bersambung dengan sistem utama komputer atau unit pemprosesan utama komputer;
pertalian
1. perhubungan (kekeluargaan, persahabatan, dan lain-lain) perkariban, sangkut paut:
apa ~ kita dengan dia, maka ia hendak memberi aku barang-barang?;
2. rangkaian yang mempunyai nilaian yang sama (seperti 2x + 5=11), persamaan;
~ batin perhubungan yang tidak kelihatan;
~ darah perhubungan kekeluargaan;
~ silaturahim perhubungan persahabatan (persaudaraan);
penali
1. sesuatu yang digunakan untuk mengikat, pengikat;
2. [arkaik] takrif, kesimpulan.