1. tidak berubah keadaannya, tidak lekas rosak (luntur, berubah, dan lain-lain):
perkakas itu kalau dijaga dengan baik akan ~ bertahun-tahun;
2. sanggup menderita sesuatu, tabah menanggung (kesusahan dan lain-lain):
orang kampung tidak ~ lagi hidup menderita selama-lamanya;
3. dapat menguasai dirinya, betah:
mereka hendaklah ~ menyimpan rahsia;
4. tidak mudah jemu (kasihan dan lain-lain), kuat menguasai perasaan, tidak lekas jijik dan lain-lain:
mana ~ makan ubi tiap-tiap hari;
5. mencukupi, memadai (pada makanan, bekalan, dan lain-lain):
beras ini ~ untuk seminggu;
6. tidak roboh (runtuh), kuat:
bahagian hadapannya ditopang dengan dua batang kayu besar supaya ~ dan tidak tumbang terus;
7. lebih baik, bertambah baik (daripada sakit), sihat sedikit:
semalam Bibah ni demam, ini dah ~ sedikit;
~ air tidak dapat dimasuki atau dirosaki air, kalis air, kedap air;
~ api tidak boleh terbakar, kalis api;
~ besi (peluru, tembak) tidak lut senjata, kebal;
~ cuci tidak turun warna (apabila dicuci);
~ gelombang (ombak) dapat belayar dengan baik (tidak oleng);
~ harga tetap harganya (tidak turun harganya);
~ hati cekal atau teguh hati;
~ hina tidak lekas marah apabila dihina;
~ kias tidak lekas menjadi marah apabila disindir;
~ kulit [Johor] tidak lut senjata;
~ lama tidak lekas rosak atau busuk;
~ lapar kuat berlapar;
~ lasak
a) kuat dan cekap membuat kerja;
b) teguh, awet (pakaian);
~ palu (pukul) tidak sakit jika dipukul;
~ sabar sabar, tidak pemarah;
~ sesah tidak turun warna;
~ tangan tidak sakit kena pukul;
~ tonggak [Minangkabau] ditanggung oleh tonggak;
~ uji
a) boleh diuji;
b) terbukti kebaikannya (keelokannya dan lain-lain);
bertahan
1. tidak berganjak (dari tempat atau kedudukannya), tidak undur:
mereka ~ hingga musuh berundur kembali;
2. = ~ diri mempertahankan diri (daripada serangan, ancaman):
Folley kelihatan melepaskan tumbukan-tumbukan ringan yang tidak memberi kesan manakala Muhammad Ali ~;
3. tidak mahu mengalah, berteguh hati, berkeras hati:
penjudi yang sedang malang nasibnya, kalah dalam perjudian, namun dia ~;
Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu pulang, berapa ditahani oleh Bendahara, tiada mahu Makhdum ~;
4. mencukupi (untuk beberapa lamanya):
kalau kita berhemat, akan ~ juga;
5. [sastera lama] tersekat, terhambat:
barang siapa dapat memanah pohon lontar yang hamba tanam empat puluh itu terus tiada ~ maka hamba berikan Sita Dewi ini;
~ larat = bertahan-tahan larat
a) mengurangkan kesukaran yang dideritai;
b) mempertahankan supaya tahan lebih lama lagi, melambat-lambatkan habisnya sesuatu, menjimat-jimatkan;
menahan
1. tidak membiarkan berlalu (mengalir dan lain-lain), menghentikan, menyekat:
ada sebuah tandup yang ~ air sungai itu untuk digunakan di sawah;
2. memberi bersokong supaya jangan rebah (jatuh), menopang, menyangga:
mereka sedang mencacak buluh di kaki tebing sungai itu untuk ~nya supaya jangan runtuh;
3. melambaikan tangan supaya (bas, kereta sewa, dan lain-lain) berhenti:
aku ~ bas itu;
4. mencegah, mengelakkan atau menjauhkan (penyakit dan lain-lain):
~ diri daripada diperdaya;
5. melawan dan memukul mundur (musuh), menangkis (serangan):
dia pun menyuruhlah membuat beberapa kubu sepanjang-panjang sungai itu akan ~ angkatan dari Sabukit;
6. menguasai perasaan (hawa nafsu dan lain-lain), mengekang:
saya akan mencuba ~ nafsu muda sehingga pengajian saya di universiti tamat;
7. tidak memanjangkan (permohonan dan lain-lain) kepada yang lebih tinggi, tidak disampaikan kepada:
surat permohonannya telah ditahan oleh ketua bahagian;
8. tidak membiarkan pergi, tidak membenarkan (masuk, pergi, dan lain-lain):
kami bertiga telah ditahan di luar dan Said Abu Bakar seorang sahaja yang disuruh masuk;
9. memasukkan dalam penjara (untuk sementara sahaja), memenjarakan, mengurung:
polis ada kuasa ~ seseorang yang disyaki selama empat belas hari;
10. menyekat sesuatu daripada sampai kepada yang berhak, tidak memberikan sesuatu kepada yang berhak:
permintaan isteri untuk membeli itu dan ini dan perbelanjaan anak-anak ditahan sedikit;
11. menyimpan (untuk persediaan dan lain-lain):
dua karung beras ditahan untuk bekalan dalam pelayaran;
12. menguatkan diri supaya sanggup menderita dan lain-lain, menderita:
dia kelihatan terkial-kial ~ kesakitan;
menahani tidak membenarkan (melakukan sesuatu), menegah, mengekang, merintangi:
barang kehendak kamu tiada aku tahani;
maka Makhdum pun terlalu marah mendengar kata Seri Rama itu, lalu dia pulang, berapa ditahani oleh Bendahara tiada mahu Makhdum bertahan;
menahankan
1. menjadikan tahan;
2. menggunakan sesuatu untuk menahan, menahan dengan:
maka oleh orang tua itu dilambung-lambung lembing itu, ditahankannya belakangnya maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah;
3. menguatkan diri supaya tahan, menahan:
Nor Hamidah tidak dapat ~ tangisnya;
4. menggalang, menyekat, merintangi, menahan:
tidak boleh ditahankan kehendak raja;
mempertahankan
1. mengikhtiarkan supaya tidak berubah, mengusahakan supaya tetap (kekal):
kaum tua mahu tetap ~ adat yang mendapat kritikan paling hebat daripada kaum muda;
2. tidak mahu melepaskan, memegang teguh-teguh:
kemerdekaan yang dicapai itu mesti dipertahankan;
3. menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dan lain-lain), melindungi, membela:
jika kompeni menyerang Bonjol, serahkan pada kami ~ negeri;
~ diri;
tertahan
1. dapat ditahan, tercegah, terhambat, terhenti, tersekat:
maka dilakukan serangan terus-menerus yang tiada ~ oleh musuh;
lama dia membiarkan nafasnya ~;
2. = tertahani sanggup mengekang atau mengawal (perasaan dan lain-lain), sanggup menanggung (kesakitan dan lain-lain), sabar:
segala rakyat itu tiada lagi terderita, tiada lagi ~;
tiadalah boleh ~ lagi hati saya lalu tertawa besarlah saya;
tiadalah patik ~ hawa nafsu segala wujud patik ini;
tertahan-tahan tidak lancar (langsung), terhenti-henti, terputus-putus:
beliau terus bercerita dengan suara yang ~;
tahanan
1. sesuatu yang menahan, halangan, rintangan:
benda itu bergerak terus kerana tidak ada ~;
2. simpanan untuk masa depan, cadangan, persediaan;
3. sesuatu yang ditahan (orang, barang, dan lain-lain):
kerajaan sepatutnya membantu dan memberi layanan baik kepada anak dan isteri orang ~ politik;
4. tempat menahan orang, penjara:
saya telah dilemparkan ke dalam ~ selama lapan puluh enam hari;
5. perihal menahan (dalam penjara dan lain-lain):
beliau pernah meletakkan Perdana Menterinya dalam ~ rumah di Kahirah dahulu;
ketahanan keadaan tahan (kuat), sifat tahan atau keupayaan menanggung (menderita dan lain-lain) sesuatu, kebetahan (hati), kekuatan (hati);
pertahanan
1. hal mempertahankan (menjaga supaya selamat dan lain-lain):
hak ~ tubuh dan harta;
2. perihal membela, pembelaan:
sekarang, dengan tidak menerima ~ diriku, engkau usir aku dari rumahmu;
3. sesuatu (seperti kubu atau benteng) yang digunakan untuk mempertahankan diri dan lain-lain daripada serangan, perihal menjaga keselamatan negeri dan lain-lain:
kekuatan ~ awam Malaysia akan diperbesar;
memperkukuh ~ negara;
penahanan
1. perbuatan menahan (menangkis), penangkisan;
2. perbuatan menahan (mengekang), pengekangan:
~ hawa nafsu;
3. perbuatan (tindakan) menahan (permohonan dan lain-lain);
4. perbuatan (tindakan) menahan orang (daripada memasuki sesuatu kawasan dan sebagainya);
5. perbuatan (tindakan) menahan (mengurung, memenjarakan, dan sebagainya untuk sementara sahaja), pemenjaraan, pengurungan:
~ mereka dianggap tidak sah;
penahan orang dan lain-lain yang menahan, penyekat, perintang.