sumpah I

1. pengakuan yang dibuat (dengan bersaksikan Tuhan atau sesuatu yang dianggap suci) untuk menguatkan apa yang dikatakan dan lain-lain:
berani aku katakan ini dengan ~;
dimakan ~
menderita (sakit dan lain-lain) kerana membuat sumpah bohong;
makan ~
a) sudah mengucapkan sumpah;
b) membuat sumpah bohong;
mengambil ~ menyuruh membuat sumpah;

2. pengakuan bahawa apa yang dikatakan itu memang benar (berani melakukan sesuatu dan berani menderita sesuatu jika pengakuannya itu tidak benar);
~ potong ayam sumpah dengan menyembelih ayam (bagi orang Cina sahaja);

3. kata-kata yang mengutuk (maki hamun dan lain-lain), kutuk, tulah:
Si Tenggang menjadi batu kena ~ ibunya;

4. janji yang teguh untuk melakukan sesuatu, ikrar:
baginda telah mengangkat ~ untuk memerintah negeri ini dengan adil;
~ besi kawi
sumpah dengan meminum air yang di dalamnya telah direndam besi kawi;
~ celur (celup) sumpah dengan mencelupkan tangan dalam air (minyak) yang mendidih;
~ jabatan [Indonesia] sumpah yang dibuat pada waktu memegang jawatan;
~ jilat besi sumpah yang dibuat dengan menjilat besi panas;
~ keramat sumpah yang dibuat di tempat yang dianggap keramat;
~ menyelam sumpah yang dibuat oleh dua orang yang menyelam (siapa yang lebih lama dalam air dialah yang benar);
~ minum air keris sumpah dengan meminum air keris (yang dianggap sakti);
~ palsu sumpah bohong;
~ Quran sumpah yang dibuat dengan memakai Quran;
~ seranah = ~ serapah berbagai-bagai sumpah;
~ setia sumpah untuk menyatakan kesetiaan;
~ uji api sumpah dengan menggunakan api;

bersumpah
1. menyatakan kebenaran dan lain-lain sesuatu perkara dengan sumpah, menyatakan kesetiaan dan lain-lain dengan sumpah, mengangkat sumpah:
jikalau tuan kurang percaya mari ~ kalam Allah;
ia ~ akan setia kepada janjinya;

2. berjanji sungguh-sungguh (akan melakukan atau mematuhi sesuatu), berikrar:
ia berazam, ~, tidak akan beristeri dua;

bersumpah-sumpahan [sastera lama] saling melakukan sumpah (bersumpah), berteguh-teguhan janji:
maka kedua-duanya pun ~lah;

menyumpah
1. mengucapkan sumpah, mengangkat sumpah, bersumpah:
maka ~ Tuanku Datuk Nakhoda Tua titahnya, Jikalau selamat geliung panjang ini tiba di Tanah Jawa, beta kahwinkanlah anakanda dengan barang siapa yang menyelamatkan beta;

2. = menyumpahi menghamburkan kata-kata yang tidak baik kepada, mengutuki, menyeranah:
puteri itu ~ Pulau Langkawi menjadi daerah kering tandus hingga tujuh keturunan;
dulu dia menyumpahi dirinya, disangkanya tidak menurunkan baka;

menyumpah-nyumpah mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap seseorang atau sesuatu berulang kali atau berturut-turut:
beberapa orang ~ apabila tayar basikal mereka tidak mahu berpusing disumbat tanah;

mempersumpahkan
1. membenarkan membuat sumpah, menyuruh bersumpah;

2. membuat sesuatu kenyataan dengan sumpah, bersumpah;

sumpahan sesuatu yang disumpah, sumpah:
begitulah ~ ayahnya sebagai ganjaran dosanya;

persumpahan perihal bersumpah, akuan, ikrar.

berkongsi