1. takaran yang besarnya empat gantang;
2. = sukatan ukuran (panjang, luas, dan isi padu);
3. [bahasa percakapan] = menyukat mengukur (menakar dan lain-lain);
tukang ~ [bahasa percakapan] orang yang mengukur tanah;
yang se~ tak akan jadi segantang (peribahasa) untung nasib tidak dapat diubah-ubah;
bersukat
1. mengukur (menakar) dengan sukat;
2. diukur (dikira) dengan satuan tertentu:
makanan itu ~ betul-betul;
~ dengan rah [sastera lama] membunuh orang;
~ darah, bertimbang daging (peribahasa) berlawan bermati-matian;
telah penuh sebagai ~ (peribahasa) sudah habis kesabarannya;
menyukat
1. mengukur dengan sukat;
2. mengukur (panjang, luas, isi):
selepas itu aku bekerja di hutan ~ tanah;
sukatan
1. satuan yang digunakan untuk menyukat, ukuran:
berapakah luasnya dalam ~ hektar?;
sebuntukan isinya dalam ~ liter;
2. sesuatu hasil daripada menyukat (setelah disukat), catuan:
di bawah ini diberikan lagi satu ~ makanan yang memberi tenaga sebanyak 2600 kilogram kalori;
3. sesuatu yang digunakan untuk menyukat (menentukan, menilai, dan lain-lain):
sudut itu diukur dengan ~ darjah;
~ pelajaran butir-butir ringkas daripada mata pelajaran yang diberikan (di sekolah dan lain-lain);
penyukatan perbuatan menyukat;
penyukat
1. alat yang digunakan untuk menyukat (mengukur dan lain-lain):
~ suhu;
2. orang yang menyukat.