sukan I

segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga ( seperti berenang, permainan bola sepak, tenis, lumba lari, dan lain-lain) yang dilakukan sebagai acara hiburan (acara pertandingan, kegiatan untuk menyihatkan badan, dan lain-lain);
~ lapangan aktiviti sukan yang dilakukan di lapangan, misalnya memancing, menembak dan memburu;
~ laut acara-acara sukan yang berlangsung (dipertandingkan) di laut (seperti perlumbaan perahu dan lain-lain);
S~ Olimpik sukan sedunia yang diadakan empat tahun sekali;
ahli ~ orang yang giat bermain dalam sukan;

bersukan melakukan atau menyertai aktiviti sukan:
Andy sering mengajaknya ~ di kawasan itu;

kesukanan perihal sukan:
semangat ~.

berkongsi