sentuh I

bersentuh
1. kena sedikit pada, berhantuk sedikit dengan, mengenai (antara dua benda), bersenggol:
penyakit ini berjangkit kerana ~ dengan badan orang yang berpenyakit;

2. [bahasa halus] bersetubuh;

bersentuhan
1. berhantukan, bersenggolan, bersinggungan sedikit:
kerana disesak orang, ~lah aku dengan gadis itu;

2. [kiasan] bersangkut-paut (dengan), berkaitan (dengan);

menyentuh
1. mengenai (menyinggung) sedikit, menjamah:
dia berasa pipinya disentuh orang;

2. melanggar sedikit, terkena pada, terhantuk pada:
lengannya luka kerana ~ dawai berduri;

3. memperkatakan secara sepintas lalu sahaja (tidak secara terperinci), menyebut (sesuatu hal):
kali ini saya ~ kedudukan syarikat-syarikat kilang padi di luar bandar;

4. menyinggung (perasaan), mengganggu (perasaan), menimbulkan sedikit (perasaan terharu, sedih, dan sebagainya);

menyentuhi mengenai, mencecah:
langit menjadi gelap-gelita seketika sewaktu tirai benang halus itu mulai ~ bumi;

tersentuh
1. terkena (tersinggung) sedikit, terjamah;

2. terlanggar (terhantuk, terkena, tersandung) pada:
kakiku ~ batu;

3. diperkatakan secara sepintas lalu sahaja, tersebut (dalam sesuatu ucapan dan lain-lain):
sudah tentu ada ibu bapa yang menghadapi soal-soal yang tidak ~ langsung dalam buku ini;

4. [kiasan] tersinggung (perasaan), terganggu (perasaan), terharu:
dia lekas ~;

sentuhan senggolan, singgungan:
~ tangan yang takut-takut;

kesentuhan
1. kena sentuh, disentuh;

2. dirasuki (dimasuki) orang halus;

persentuhan perihal bersentuh (bersenggol, bergesel);

penyentuhan perbuatan menyentuh;

penyentuh sesuatu yang digunakan untuk menyentuh (sesungut pada serangga dan lain-lain).

berkongsi