sekolah

1. tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran:
~ Melayu;
~ menengah
;

2. masa belajar di sekolah:
pukul berapa ~ dimulakan tiap-tiap hari?

3. penuntutan ilmu, pengajaran atau pelajaran (yang diperoleh dari sekolah), ilmu pengetahuan:
saya ingin benar hendak melanjuntukan ~ saya ke peringkat yang lebih tinggi;

4. [bahasa percakapan] pergi ke sekolah, menuntut (di sekolah):
kenapa engkau tidak ~ hari ini?~ atap sekolah kampung (biasanya beratap daun nipah dan lain-lain);
~ bestari sekolah yang berasaskan komputer dan multimedia sebagai bahan bantuan pembelajaran;
~ buta huruf = ~ dewasa sekolah untuk orang dewasa yang buta huruf;
~ liar [Indonesia] sekolah persendirian yang tidak menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh kerajaan;
~ malam sekolah yang diadakan pada waktu malam sahaja;
~ menengah sekolah peringkat menengah yang penuntut-penuntutnya berumur antara 13 tahun hingga 19 tahun (selepas pendidikan awal di sekolah rendah);
~ partikelir [Indonesia] sekolah yang tidak didirikan oleh pemerintah;
~ pembaik akhlak sekolah tempat membaiki akhlak kanak-kanak dan lain-lain;
~ penerbangan pusat yang melatih bakal juruterbang;
~ pondok sekolah agama di kampung-kampung;
~ rakyat
a) sekolah persendirian di kampung-kampung;
b) [Indonesia] = ~ rendah sekolah permulaan (untuk kanak-kanak);
~ siswazah jabatan atau fakulti di sesebuah universiti yang menawarkan kursus atau pengajian lanjutan kepada para siswazah;
~ subsidi [Indonesia] sekolah persendirian yang mendapat bantuan daripada pemerintah;
~ terbang sekolah yang mengajarkan pengetahuan dan kepandaian memandu kapal terbang;
~ tinggi universiti;
~ wawasan gabungan tiga jenis sekolah rendah, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di dalam satu kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan seperti padang permainan, dewan, kantin dan sebagainya dengan tujuan untuk memupuk perpaduan antara kaum;

bersekolah
1. (mulai) menuntut di sekolah, pergi ke sekolah:
kanak-kanak yang baru ~ terpaksa mengubah kebiasaan mereka;

2. berpendidikan atau berpelajaran (kerana terlatih di sekolah):
orang-orang yang ~;

menyekolahkan memasukkan ke sekolah, menyuruh bersekolah:
dia berjanji akan ~ adik perempuannya itu;

sekolahan [Indonesia] [arkaik] rumah sekolah;

persekolahan perihal sekolah:
ibunya meninggal dunia ketika mengurus ~nya;

sepersekolahan bersama-sama menuntut di sekolah:
kawan ~.

berkongsi