seberang

1. sebelah sana sungai (jalan, laut, dan lain-lain):
kerana rumah ayahku di ~ jalan kereta api, maka kereta kami tidak sampai di hadapan rumah;
~ laut
luar negara, negara asing:
Razman akan melanjuntukan pelajaran di ~ laut;
tanah ~

a) tanah asing;
b) Pulau Sumatera (bagi orang di Tanah Melayu);
c) Semenanjung Tanah Melayu (bagi orang di Sumatera);

2. tempat yang bertentangan dengan, berhadapan dengan:
rumahnya di ~ rumah saya;

berseberangan, seberang-menyeberang
1. berhadapan letaknya (duduknya), bertentangan:
sampailah aku ke suatu tempat yang bernama Pangkalan Tambang, iaitu ~ dengan Kampung Laut;

2. (terletak) di kiri kanan sungai (jalan raya dan lain-lain) dan bertentang, (terletak) saling di seberang:
maka seberang-menyeberang sungai itu kampung orang;

menyeberang
1. pergi ke seberang sana (sungai, jalan, dan lain-lain), melintas (jalan), mengharung:
mari kita naik pelampung terap ini, kita ~ ke seberang sungai itu;

2. [kiasan] memihak kepada musuh (lawan dan lain-lain), membelot:
terdapat juga menteri-menteri kerajaan yang ~ ke pihak pembangkang;

menyeberangi
1. pergi ke seberang sana sungai, jalan, dan lain-lain, melintasi, mengharungi:
dengan apa hendak diseberangi lautan?

2. [kiasan] menempuh (melalui, merasai) kesusahan dan lain-lain:
tiga kali kita ~ hidup, apabila ketiga kalinya telah diseberangi dengan selamat, bahagialah kita;

menyeberangkan membawa ke seberang, membawa menyeberang;

terseberang
1. sudah diseberangkan (diseberangi);

2. terlepas daripada, terhindar, terbias:
tiga kali kita menyeberangi hidup, apabila ketiga kalinya telah kita ~ dengan selamat, bahagialah kita;

keseberangan
1. sudah diseberangi;

2. [kiasan] telah diketahui (maksud, tujuan, dan lain-lain);
dalam sudah keajukan, lebar sudah ~ (peribahasa) telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang;

penyeberangan
1. perbuatan menyeberang (sungai, jalan raya, dan lain-lain);

2. tempat menyeberang (di sungai, jalan raya, dan lain-lain).

berkongsi