sara I

1. = ~ hidup keperluan untuk hidup (wang, makanan, dan lain-lain), nafkah:
suamilah yang berkewajiban berusaha mencari ~ hidup;

2. = wang ~ wang bantuan, wang sokongan hidup:
ia mendapat ~ daripada syarikat itu;

bersara
1. berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab):
biasanya apabila kakitangan ini ~, mereka akan dibayar sagu hati;

2. berhenti daripada bergiat dalam sesuatu lapangan (seperti kegiatan sukan):
bekas juara perseorangan wanita Indonesia itu telah ~ daripada arena badminton baru-baru ini;

membersarakan menyebabkan (membuat supaya) bersara:
langkah ini diambil untuk memudahkan pemimpin parti ~ Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang difikirkan perlu diganti;

menyara menanggung sara hidup, memberi sara kepada:
harta itu akan dapat ~ mereka hingga ke akhir hayat;
mereka terpaksa ~ keluarga masing-masing yang berbilang mulut;

berkongsi