sangka I

1. pendapat yang hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira:
pada ~nya tuan hamba berani;
mak cik ~ saya yang mencuri getah mak cik?;
tiada ~
[sastera lama] tiada terkira (terperi, terkhabar, dan lain-lain);

2. keraguan, kekhuatiran, syak, waham:
timbul syak dan ~ dalam hatinya;

bersangka
1. mengira, menaksir, menduga, mengagak:
janganlah sekali-kali tuan-tuan yang membaca surat ~ bahawa aku memuji diriku;

2. menaruh syak, berasa sangsi, ragu-ragu, waswas:
jangan kita mudah ~ buruk terhadap orang lain;

menyangka
1. menduga, mengira:
ada orang ~ bahawa kanak-kanak lebih senang mengingat sesuatu daripada orang dewasa;

2. menaruh syak, mencurigai:
biarlah orang lain ~ jahat akan ibu;

3. menganggap seperti, mengira sebagai;
yang disangka tidak menjadi, yang diam boleh ke dia (peribahasa) orang lain yang berikhtiar, orang lain pula yang memungut hasilnya;

tersangka
1. diduga, dikira;

2. disyaki, dicurigai;

sangkaan, persangka, persangkaan apa yang disangka, dugaan, kira-kiraan, curiga, syak:
janganlah kamu menaruh ~ yang buruk-buruk;
apa dipedulikan pada persangkaan orang terhadap kita;

penyangka orang yang menyangka.

berkongsi