sambil

dengan atau di samping (melakukan sesuatu yang lain), (semasa) sedang, dan juga sementara, seraya:
ia bertanya kepada gadis itu ~ tersenyum;
~ berniaga ~ mengajar;

sambil-sambil sambil lalu;

menyambil mengerjakan sesuatu kerja lain sambil membuat kerja yang utama atau pokok:
janganlah ~ sahaja apabila membuat kerja itu;
bersawah dan menoreh getah termasuk ~ memelihara ayam;

menyambilkan membuat bersama-sama dengan yang lain:
dia pun ada kerja istimewa agaknya yang boleh disambilkan apabila pergi ke pasar;
setelah sudah Mak Andeh menghidupkan api lalu ia bertanak, dan disambilkannya juga membakar pisang;

tersambil dilakukan sambil membuat pekerjaan lain, tidak menganggap penting;

sambilan
1. sesuatu yang dilakukan bersama-sama dengan yang lain;

2. sesuatu yang kurang pentingnya;

3. alasan yang dibuat-buat, dalih.

berkongsi