sakit

1. menderita sesuatu (seperti demam, pening, dan lain-lain) yang menyebabkan seluruh tubuh atau sesuatu bahagiannya tidak segar, (berada dalam keadaan) tidak sihat, uzur:
tekaknya ~;
adikku ~;

2. [kiasan] menderita kesusahan (kesengsaraan, kesedihan, dan lain-lain), sedih:
kalau engkau terlalu boros begini alamat ~lah hidup engkau nanti;
~ akal
gila;
~ angau rindu akan kekasih (berkenaan (dengan) orang dalam percintaan);
~ angin pasang-pasang sejenis sakit angin pasang-pasang yang menyebabkan buah zakar laki-laki bengkak;
~ angin selenyap sejenis sakit angin pasang-pasang yang menyebabkan kemaluan laki-laki tidak nampak;
~ angin taufan = ~ (maha)raja singa penyakit yang berpunca daripada perhubungan seks (perhubungan kelamin) secara liar, sifilis;
~ asabat sakit pada urat saraf;
~ baka beguk;
~ berat = ~ lasat = ~ payah sakit yang teruk;
~ fikiran = ~ ingatan = ~ otak gila;
~ gajah = ~ gajah-gajahan elefantiasis, untut;
~ hati berasa sangat tersinggung dan marah (kerana dihina dan lain-lain);
~ jantung apa sahaja penyakit yang ada kaitan dengan jantung;
~ jiwa
a) sakit mental;
b) [bahasa percakapan] tidak tenteram fikiran kerana ada unsur-unsur yang menekan jiwa;
~ kepala pening kepala;
~ kuning sakit yang menyebabkan tubuh menjadi kuning;
~ mental tidak siuman fikirannya, sakit otak, gila;
~ menimpa sesal terlambat (peribahasa) perbuatan yang terlanjur dan tidak dapat diubah lagi;
~ perut, baharu tahu di liang lantai (peribahasa) sesudah mendapat kesusahan baru teringat akan yang perlu;
~ sama mengaduh, luka sama menyiuk (peribahasa) sama-sama bertanggungjawab;
apa boleh buat, biar ~ dahulu senang kemudian (peribahasa) biarlah bersusah-susah dahulu asalkan senang kemudiannya;
lain ~, lain diubat, lain luka, lain dibebat (peribahasa) jawab yang bersalahan dengan soalan (lain yang diminta, lain yang diberikan);
tiada ~ makan ubat (peribahasa) menyusahkan diri sendiri;

bersakit, bersakit-sakit
1. berusaha benar-benar (untuk memperoleh sesuatu), bersusah payah:
tidak akan dapat mencapai sesuatu dengan tidak ~;

2. selalu sakit:
sudah beberapa lama dia ~ sahaja;

3. menderita kesusahan (kesukaran, kesulitan, dan lain-lain):
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian;

menyakit mendatangkan sakit (sengsara, sedih dan lain-lain):
segala maki hamun tidak ~ padanya;

menyakiti
1. menyebabkan berasa sakit (sengsara, sedih, pilu, dan lain-lain):
janganlah kamu suka mengganggu dan ~ orang lain;
aku tidak sanggup ~ hatimu;

2. [arkaik] sakit ketika melahirkan anak:
ketika itu bininya sedang ~;

menyakitkan menjadikan sakit (susah, risau, sedih, tidak senang, dan lain-lain), menyebabkan berasa sakit:
hulu kikir yang bujur atau runcing boleh ~ tangan ketika menggunakannya;~ hati menyebabkan (seseorang) berasa sangat tersinggung dan marah (kerana telah dihina dan sebagainya):
Zarina ketawa seolah-olah mengejeknya, ini ~ hatinya; ~ mata merupakan sesuatu yang sangat buruk, tidak menyenangkan sesiapa yang melihatnya;

kesakitan
1. perihal sakit, menderita sakit (susah dan lain-lain):
raja itu pun terlentang selaku orang ~ sangat;

2. sengsara, kesusahan hidup;

penyakitan, berpenyakitan selalu sakit-sakit, selalu menghidap penyakit, sentiasa dihinggapi penyakit:
anak yang berpenyakitan dan tidak cerdas dan cerdik;

penyakit
1. sesuatu yang menyebabkan badan menjadi sakit (atau yang mengganggu kesihatan):
dia sudah sihat daripada ~ lelah;
~ berjangkit
penyakit yang mudah berjangkit (seperti kurap, malaria, dan lain-lain);
~ kelamin penyakit berjangkit yang lazimnya tersebar melalui hubungan seks;
~ mental (Perubatan) gangguan mental;
~ organik (Perubatan) penyakit yang melibatkan perubahan struktur tubuh;
~ sosial amalan atau perlakuan yang tidak baik yang berlaku dalam masyarakat, misalnya penagihan dadah dan tabiat melepak;
~ tidur (Perubatan) penyakit yang ditularkan kepada manusia melalui gigitan lalat tsetse (terutamanya di Afrika), dan dicirikan dengan demam yang berulang, pening, mengantuk, dan bengkak pada bahagian tertentu tubuh;

2. [kiasan] sesuatu yang menyebabkan keburukan, kepincangan hidup dan lain-lain yang merebak (seperti pelacuran, rasuah, dan lain-lain), sesuatu yang menyusahkan:
pengangguran menjadi ~ dalam negeri itu; ~ sosial amalan atau perlakuan yang tidak baik yang berlaku dalam masyarakat;

3. ki, [Indonesia] bangsat, sial (makian);

berpenyakit menghidap penyakit, selalu menghidap sesuatu penyakit;

pesakitan [Indonesia]
1. orang yang didakwa (dalam mahkamah):
polis telah menyilakan ~ masuk menerima hukumannya;

2. orang tahanan;

pesakit orang yang sakit, si sakit;
~ dalam pesakit yang dimasukkan ke dalam wad untuk menjalani rawatan penyakitnya;
~ luar pesakit yang hanya menerima rawatan di hospital atau klinik tetapi tidak dimasukkan ke dalam wad.

berkongsi