meruntun 1. menarik (menyeret) kuat-kuat, membantun, menyentak, merenggut:
ia telah diruntun masuk ke dalam perahu;
2. [sastera lama] mengambil dengan paksa, membegal, menawan, merampas, merebut:
Melaka itu hendak diruntunnya;
3. [kiasan] mengalih atau menarik (perhatian, perasaan, dan lain-lain):
ia cuba ~ fikirannya ke babak lain;
kisah yang dibentangkan dalam drama ini pasti dapat ~ perasaan siapa sahaja;
~ hati menarik hati;
4. = meruntun-runtun mendesak-desak, melonjak-lonjak (perasaan kerana terlalu ingin benar):
hatinya meruntun-runtun hendak mengetahui kandungan surat itu;
berkongsi