runtuh

1. jatuh kerana rosak dan lain-lain (bangunan), roboh:
banyak bangunan lama yang ~ akibat angin puting beliung;

2. jatuh sebelum masak dan lain-lain, gugur;

3. gelongsor atau lungsur (tanah, lereng bukit, dan lain-lain), rebak:
pecahan-pecahan batu itu menggeluncur turun mengikut lereng-lereng gunung dan berkumpul di kaki bukit menjadi kumpulan batu ~;

4. [kiasan] rosak atau hancur seluruhnya (kekuasaan, cita-cita, harapan, dan lain-lain), binasa, jahanam:
kekuasaan negara-negara penjajah sudah hampir ~ seluruhnya di Asia;
orang yang ~ akhlaknya
orang yang rosak akhlaknya;
langit ~ bumi cair = langit ~ bumi telah terban (peribahasa) kehilangan orang tempat menumpang hidup;

meruntuh
1. (menjadi) runtuh;
musim durian ~ musim durian gugur;

2. [arkaik] turun atau menyusup (tentera dan lain-lain);

meruntuhkan
1. merosakkan dan menjatuhkan, merobohkan:
sebiji bom atom telah ~ seluruh bandar Hiroshima;

2. menyebabkan gugur (lungsur atau gelongsor):
tanah tepi lubang itu diruntuhkan dengan pancutan air;

3. [kiasan] menjatuhkan, membinasakan, merosakkan (kekuasaan, pertahanan, dan lain-lain), menghancurkan (cita-cita, iman, dan lain-lain):
kita akan menghancurkan segala kekejaman yang ~ kedaulatan raja kita;
ayahnyalah yang ~ seluruh kehidupannya;
~ hati
membangkitkan berahi (dan lain-lain hati);
~ iman
a) merosakkan (menghancurkan) iman;
b) menggoda orang;

runtuhan, reruntuhan benda yang telah runtuh, bekas bangunan dan lain-lain yang rosak, puing:
Kemboja dan Thailand berperang kerana merebuntukan ~ sebuah kuil;

keruntuhan
1. perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan:
pesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan menyebabkan ~ di mana-mana;
pangkalan-pangkalan itu sebagai pusat ~ maruah orang yang tinggal di situ;

2. tertimpa oleh sesuatu yang runtuh:
beberapa orang mati ~ bukit itu;

peruntuh [arkaik] orang yang meruntuhkan:
sekarang dia akan jadi ~ pula, akan meruntuhkan kemanusiaan.

berkongsi