1. tidak berat, enteng:
kayu ~;
bungkusan yang ~ diangkat dengan sebelah tangan;
2. senang dilakukan atau dijalankan (pekerjaan, pembayaran, dan lain-lain), mudah:
pekerjaan guru bahasa bukanlah pekerjaan yang ~;
3. tidak mendalam (kandungannya dan sebagainya), tidak menimbulkan kerumitan atau kesulitan (kpada pembaca, pelajar, dan sebagainya):
akhbar dan majalah yang popular sering memuatkan cerpen-cerpen yang bersifat ~;
bahan-bahan bacaan ~;
4. tidak penting, tidak mustahak, enteng, kecil, remeh (perkara dan lain-lain):
sikap permusuhan antara kedua-dua negara itu tidak boleh dipandang ~;
dikenakan cukai yang ~;
kesalahan ~ kesalahan yang kecil sahaja;
perbualan ~ perbualan mengenai perkara-perkara remeh;
najis ~ najis yang memadai disucikan dengan hanya menjirus air sahaja (kencing anak laki-laki di bawah umur dua tahun yang meminum susu ibunya sahaja);
5. tidak terlalu (sangat), tidak berbahaya (penyakit dan lain-lain), tidak berat:
akibat daripada pertempuran itu, beberapa orang mendapat luka ~;
6. tidak memabukkan (minuman, tembakau, dan lain-lain):
mereka menyajikan minuman ~;
7. ringkas dan tidak mengenyangkan (berkenaan (dengan) makanan), hidangan makanan yang tidak begitu mengenyangkan (berkenaan (dengan) jamuan):
jamuan ~;
8. mudah, ringkas (pakaian):
ia berpakaian ~;
9. perlahan, rendah (suara dan lain-lain):
kalimat itu diikuti oleh keluhan ~;
ia melenggang ~ menuju ke daun pintu;
10. kecil-kecil, halus-halus, tidak lebat (hujan):
kadang-kadang rintik-rintik hujan yang berpanjangan itu turun dengan kasarnya, kadang-kadang ~ pula;
11. cepat mengeluarkan buah (tanaman):
padi ~;
pisang ~;
~ kaki suka berkunjung (melawat dan lain-lain);
~ kepala mudah memahami (mengerti) ajaran;
~ mulut (lidah)
a) peramah, lancar, dan fasih tutur katanya, suka bercakap;
b) suka cerewet (banyak mulut);
~ tangan
a) suka menolong, cepat berbuat sesuatu;
b) suka mengambil hak orang, gemar mencuri;
~ tulang rajin bekerja, tangkas;
~ sama dijinjing, berat sama dipikul = berat sepikul, ~ sejinjing (peribahasa) bersama-sama dalam suka dan duka atau sama-sama mengerjakan sesuatu;
~ tulang berat perut (peribahasa) siapa yang rajin bekerja, ia banyak beroleh rezeki;
beringan-ringan [sastera lama] meringankan;
meringani [Minangkabau];
~ datang dengan suka hati datang, sudi datang;
meringankan
1. menjadikan ringan, mengentengkan, memudahkan:
~ bebanan;
dalam usaha ~ hikayat ini, diusahakan supaya keaslian penulisannya dikekalkan;
2. = meringan-ringankan menganggap ringan (mudah dan lain-lain):
ia sangat ~ agamanya;
ia sengaja meringan-ringankan hukum;
penyakit yang berjangkit tidak boleh diringan-ringankan;
sembahyang tidak sekali-kali boleh diringan-ringankan;
3. [kiasan] mengurangkan (hukuman):
merayu supaya hukuman mati itu diringankan kepada penjara seumur hidup sahaja;
~ kaki sudi datang;
memperingan menganggap lebih ringan (lebih mudah, lebih tidak bererti, dan lain-lain):
jangan engkau peringan ibadatmu kepada Allah;
keringanan
1. perihal ringan:
ia meminta ~, meminta dikurangkan bebannya;
2. terlampau ringan;
peringanan perihal meringankan.