rindu I

1. ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dengan seseorang:
ia selalu ~ akan pakaian yang indah-indah;
terlalu sangat ~ baginda akan anakanda baginda;
~ akan kampung halaman;

2. = ~ berahi = ~ dendam = ~ rawan perasaan sangat cinta atau berahi pada seseorang:
sayang sekali ~ dendam itu telah menyeksa hatinya;
melepaskan ~
mencurahkan perasaan cinta kasih;
menanggung ~ menaruh cinta kasih;

merindu
1. menjadi rindu, menanggung rindu:
seperti orang ~ sahaja lagaknya;

2. bernyanyi-nyanyi kerana rindu, bersenandung kerana rindu;

merindui mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu dan sebagainya, yang sentiasa berada dalam ingatan, kenangan dan sebagainya:
orang tua itu ~ anak cucunya;
saat itu aku begitu ~ belaian manja ibu dan kemesraan adik-adikku yang tidak akan kutemui lagi di dunia ini;
yang pastinya, mereka tetap ~ masakan ibu dan berbuka puasa bersama keluarga;

rindu-merindui saling berasa rindu:
tentunya mereka ~ ketika berjauhan;

merindukan
1. membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu:
nyanyian yang merawankan dan ~ hati;

2. menaruh rindu akan:
seperti pungguk ~ bulan;

berkongsi