ribu

bilangan sepuluh kali seratus;
empat ~ 4000;

seribu
1. 1000;

2. banyak sekali, bermacam-macam;
dengan ~ daya dengan bermacam-macam daya;
diam (membisu) ~ bahasa diam sama sekali;
membuat (mengangkat) langkah ~ lari dengan bersungguh-sungguh (kerana takut, dikejar, dan lain-lain), cabut lari;
retak ~
a) retak yang banyak lagi kecil-kecil (pada pinggan dan lain-lain);
b) sejenis corak batik Malaysia;

menyeribu;
~ hari mengadakan kenduri (arwah) sesudah seribu hari seseorang meninggal;

perseribu dibahagi seribu;
satu ~ satu dibahagi seribu 1/1000;

beribu, beribu-ribu beberapa ribu, banyak ribu:
~ orang;

meribu [sastera lama] beribu-ribu:
meratus cermin di kaki, ~ cermin di pinggang;

ribuan
1. (dalam) bilangan ribu:
kemajuan Malaysia mungkin mencapai kemuncaknya dalam tahun-tahun dua ~;

2. beribu-ribu:
~ manusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan pertunjukan kebudayaan.

berkongsi