restu

1. berkat dan perkenan daripada Allah yang mendatangkan kebaikan kpada seseorang atau manusia:
berdoa memohon ~ daripada Ilahi;
kejayaan itu hanyalah dengan ~ Allah;

2. persetujuan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang mempunyai kuasa, hak tertentu dan sebagainya untuk membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yang lain melakukan sesuatu, kebenaran, keizinan:
si anak mendapat ~ daripada ibunya;
baginya, tanpa ~ ayah dan ibu, sesuatu perkara yang akan dilakukan tidak akan sempurna;

3. [sastera lama] pengaruh baik atau buruk, guna-guna, jampi, mentera;

merestui
1. mengurniakan kebaikan, kesejahteraan atau rahmat kepada:
saya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yang terbabit dan menerima ibadah mereka sebagai haji mabrur;
selepas bersolat, si suami berdoa semoga Allah ~ rumah tangga yang baru dibinanya itu;

2. memberikan persetujuan, kebenaran atau keizinan kepada seseorang atau sesuatu pihak untuk melakukan sesuatu dan sebagainya, bersetuju dengan, mengizinkan, membenarkan:
penubuhan parti itu direstui oleh kerajaan;
dari awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami;

3. [sastera lama] mengenakan pengaruh (guna-guna, jampi).

berkongsi