rengsa I

1. lemah badan, tidak bertenaga, berasa malas, segan (tidak bernafsu dan lain-lain);

2. gatal-gatal, pedih, tidak selesa, sakit dan sebagainya pada sesuatu bahagian tubuh:
kadangkala mata mungkin menjadi ~;
hemoroid menyebabkan salur darah di sekitar dubur kembang dan ~;

3. (Biologi) berupaya bergerak balas terhadap rangsangan seperti sentuhan, cahaya dan haba (berkenaan (dengan) organisma hidup):
nyamuk itu ~ terhadap DDT yang disembur di dalam rumah hingga menyebabkan ia tidak hinggap lama pada dinding;

merengsa bermalas-malas, berasa malas (untuk bekerja dan lain-lain);

merengsakan menyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, panas, sakit dan sebagainya):
lampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-kanak jika ia tidak serasi dengannya;
pendedahan dalam jangka masa pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong;

kerengsaan
1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan;

2. keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dan sebagainya pada sesuatu bahagian badan, iritasi:
ini akan menimbulkan ruam dan ~ pada kulit;
tempat suntikan yang berulang-ulang boleh menyebabkan ~;

3. mengalami keadaan rengsa:
perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah kepada kerosakan;

perengsa bahan atau unsur yang merengsakan:
semut yang menggigit mengeluarkan cecair ~ pada tempat gigitannya;
asap rokok sebagai bahan ~ perlu disingkirkan sama sekali daripada lingkungan pesakit asma.

berkongsi