berendam
1. berada di dalam air dan lain-lain:
jangan dibiarkan kain ~ lama-lama dalam air;
mandi ~ di sungai;
2. = terendam tenggelam (dalam air), terbenam (dalam air), tergenang (dalam air):
tanah yang sudah ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari;
3. = terendam [kiasan] tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dalam sesuatu hal pekerjaan dan lain-lain):
buat apa dia ~ di rumah sahaja?;
~ air mata tergenang dalam air mata, selalu menangis;
~ sesajak air, berpaut sejengkal tali (peribahasa) perihal seseorang yang susah hidupnya (serba kekurangan);
merendam
1. menaruh sesuatu di dalam air dan lain-lain beberapa lamanya:
padi itu direndam di dalam air, kemudian diwap, dijemur, dan dikeringkan;
melemaskan lipas dengan ~nya dalam air;
merendamkan menjadikan digenangi (air dan lain-lain):
sawah itu direndamkan dahulu; direndam tak basah (peribahasa)
a) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dan lain-lain);
b) belum ada keputusannya (perkara);
c) orang yang degil atau kikir;
terendam
1. sudah direndam;
2. terbenam dalam air, tergenang;
3. [kiasan] tinggal lama di rumah (di suatu tempat dan lain-lain);
~ sama basah, terampil sama kering (peribahasa) sama-sama mahu mengerjakan sesuatu pekerjaan (baik ringan mahupun berat), sangat setia;
rendaman (Kimia) bekas yang dipenuhi air (pasir, minyak, dan lain-lain) untuk memindahkan haba secara seragam kepada objek yang diletakkan ke dalamnya;
perendaman perbuatan dan sebagainya merendam (menaruh dalam air).