rancung (keratan atau potongan), serong;
pepat di luar ~ di dalam (peribahasa) orang yang lahirnya baik tetapi di hatinya jahat;
merencong
1. memotong (mengerat, membuat) rencong:
dahan-dahan yang besar hendaklah direncong supaya pangkalnya serong dan tajam, dan mudah hendak dipacakkan;
2. meruncing:
menara yang indah ukirannya dan bumbung yang ~ ke atas;
kerencongan perihal (keadaan, potongan dan sebagainya) rencong:
~ itulah yang menyebabkan ia tahu bahawa sebenarnya di situlah tempat benda yang dicarinya disimpan.
berkongsi