rencat

merencatkan menyebabkan terbantut atau terhenti, membantuntukan:
racun kulat boleh ~ pertumbuhan miselium, percambahan spora, dan pembiakan seks kulat;

terencat terbantut, terhenti, tertahan:
kerjanya ~ kerana air pasang;
~ akal
tidak normal keupayaan atau perkembangan mentalnya disebabkan faktor tertentu (berkenaan (dengan) seseorang, terutamanya kanak-kanak);
~ otak terencat akal;

keterencatan perihal atau keadaan terencat;

kerencatan perihal (keadaan dan sebagainya) terencat (terbantut dan sebagainya), kebantutan:
kanak-kanak itu biasanya dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami ~ pertumbuhan;
~ akal
keadaan atau keupayaan mental seseorang yang tidak berkembang dan berfungsi secara normal, yang biasanya ditandai ciri-ciri tertentu.

perencatan perihal merencatkan, perihal terencat (terbantut):
~ pertumbuhan jika berterusan lambat-laun akan membunuh kulat juga;

perencat sesuatu yang merencatkan sesuatu yang lain;

=bencat, gencat.

berkongsi