reman II

tahanan ~
a) tindakan menahan seseorang selepas mendapat perintah daripada mahkamah bagi tujuan siasatan, dalam tempoh tertentu:
sebelum ini dia pernah ditahan untuk siasatan berhubung dengan pembunuhan itu tetapi dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat;
b) seseorang yang ditahan selepas mendapat perintah daripada mahkamah bagi tujuan siasatan, dalam tempoh tertentu;

mereman menahan seseorang yang dituduh melakukan jenayah ke dalam tahanan (penjara atau lokap) untuk siasatan lanjut sementara menunggu perbicaraan dan sebagainya:
mereka tidak dibenarkan ikat jamin dan direman sehingga kes mereka disebut semula di mahkamah;
semua lelaki berkenaan direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah itu.

berkongsi