rela I

1. dengan hati yang ikhlas (menerima dan lain-lain), berkenan, bersedia, sudi:
maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya;

2. izin, persetujuan, perkenanan:
anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda;

3. memberikan (dengan ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dan lain-lain) dengan senang hati:
ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu;
dengan ~ hati
dengan senang atau suka hati:
keizinan hendaklah diberikan dengan ~ hati, bukan dengan paksaan atau ugutan;

merelai memberikan (membiarkan, melepaskan, dan lain-lain) dengan hati yang ikhlas, mengizinkan, memperkenankan:
jalan yang direlai Allah;

merelakan
1. menerima (menderita dan lain-lain) dengan hati yang ikhlas;

2. memberikan (melepaskan, menyerahkan, dan lain-lain) dengan senang hati;

3. mengizinkan, menyetujui;

kerelaan keikhlasan (hati), keizinan, kesudian, perkenanan, persetujuan:
mencari ~ Allah;

= reda

berkongsi