tidak kendur, kencang, tegang (tali yang ditarik, kain yang direntangkan, dan lain-lain);
beregang-regang
1. merentang-rentangkan anggota badan untuk bersiap-siap (hendak bertumbuk dan lain-lain);
2. = berseregang, bersiregang berkeras-kerasan, bertegang-tegangan, berkelahi;
berseregang mulut bertengkar, berbantah keras;
meregang
1. menjadi tegang (tidak kendur):
dawai telefon mengendur pada waktu panas dan ~ pada waktu sejuk;
bengkak ~;
2. merebut dengan paksa, menarik, menyentak, merenggut;
merebut ~ merebut dengan paksa;
~ badan menarik-narik badan (hampir mati);
~ diri menegang-negangkan diri (kerana kesakitan dan lain-lain);
~ hidupnya sengsara hidupnya;
~ jiwa (nyawa) hampir-hampir mati;
~ telinga menarik (memilin) telinga;
meregangkan menjadikan regang, menarik supaya regang, menegangkan (tali dan lain-lain), membentangkan (kain dan lain-lain) tegang-tegang, menghulurkan (kaki, tangan) tegang-tegang:
dia ~ kedua-dua belah tangannya;
teregang diregangkan, menjadi regang:
dawai yang ~ di dalam kamar;