redup

1. berawan (langit), tidak terang (cuaca), mendung:
hari pun ~, tiadalah tampak akan cahaya matahari;

2. agak gelap kerana dilindungi awan, tidak panas terik:
matahari ~;

3. berasa panas (kerana cuaca mendung);

4. [kiasan] kurang cahayanya, suram (mata, wajah, dan lain-lain), kurang terang atau hampir padam (nyala api);

5. berkurang, merosot (kemegahan, kemuliaan, dan lain-lain);

6. mulai berhenti, tenang kembali, reda (angin, hujan, kasih, dan lain-lain):
ribut itu pun ~;

7. sayup-sayup (bunyi-bunyi):
gemercik air sayup-sayup dan desau angin ~;

8. tidak gembira, susah hati (perasaan dan lain-lain):
ia menyahut dengan ~;
~-~ alang= ~-~ bahasa
agak redup (gelap, suram) sedikit;

meredup menjadi redup (tidak terang);

meredupkan menjadikan redup, menyuramkan, dan lain-lain;

keredupan perihal redup:
~ petang menambahkan kesunyian di ladang itu.

berkongsi