merebak
1. menjalar-jalar, menular-nular (penyakit), tersebar atau tersiar merata-rata (berita dan lain-lain):
penyakit cacar ~ di seluruh negeri;
berita itu sudah ~ sampai ke mana-mana;
2. menjangkit, meluas, merembet (api dan lain-lain):
dalam beberapa ketika sahaja api itu ~ sampai ke mana-mana;
perang ini lebih dahsyat dan nanti ~ ke sini;
merebakkan menyebabkan sesuatu merebak, menularkan, menjangkitkan, menyebarkan:
zina boleh ~ penyakit;
kemerebakan keadaan merebak:
~ ilmu pengetahuan nuklear;
pemerebakan perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) merebak atau merebakkan, penularan:
tujuannya adalah untuk mencegah atau mengawal ~ sesuatu penyakit.
berkongsi