jatuh terbaring (orang dan lain-lain), terletak berbaring atau bertiduran (pokok dan lain-lain), tumbang:
ia ~ pengsan;
~ menyembah tikar;
~ terlentang di atas lantai;
membawa (memberi) ~ menjatuhkan (menggagalkan);
~ bek [Kelantan] rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi;
~ belakang [Kelantan], [bahasa percakapan] berehat (menghilangkan penat);
~–rempah rebah terguling-guling;
dapat tebu ~ (peribahasa) mendapat untung;
sokong membawa ~ (peribahasa) dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri;
rebah-rebah, rebah-rebahan berbaring-baring (kerana menghilangkan penat dan lain-lain):
dia sedang ~ di anjung rumahnya;
merebahkan
1. menjatuhkan, menumbangkan:
~ tiang rumah;
2. membaringkan, menidurkan:
~ diri di atas pangkin;
3. menyembelih (binatang besar):
tahun itu juga perkahwinan berlangsung, ayah ~ seekor kerbau jantan besar;
4. [kiasan] menumbangkan (pemerintah dan lain-lain), menggagalkan:
~ pemerintah;