1. bersih dan elok, apas, apik:
wajahnya ~ dan manis;
seorang lelaki berpakaian ~ turun;
2. teratur baik, tertib:
buku-buku tersusun ~ dalam almari;
semua pegawai bekerjasama dengan ~;
3. serba beres, serba selesai, habis:
semua kerja diselenggarakan dengan ~ dan memuaskan;
4. siap sedia, ketat, siaga:
kawasan itu dikawal dengan ~;
5. kemas, kukuh, teguh:
pintu bertutup dan berkunci ~;
perpaduan yang teguh dan ~;
6. cermat, saksama, teliti:
buku-buku resit dikawal dengan ~ untuk mencegah daripada digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab;
ubat ini dibuat dengan cukup ~ dan cermat;
suatu penyelidikan yang ~ harus dijalankan;
merapi menjadikan (rambut, kulit, dan lain-lain) sihat dengan menggunakan perapi:
ia bukan sahaja ~ kulit tetapi menjadikannya kelihatan segar dan bermaya;
merapikan menjadikan rapi, membereskan, mengemaskan, menyelesaikan, menyempurnakan:
dirapikannya pakaian suaminya;
ia membantu isterinya ~ dapur;
Aristotles yang ~ kaedah-kaedah sains;
kerapian perihal rapi:
sajak itu dimaksudkan sebagai anasir yang menambah ~ bentuk dan mempertinggi tingkatan muzik bahasa;
disusun bantal-bantal itu dengan penuh ~;
perapian proses merapikan sesuatu:
dengan kesan ~, Kao Merit baru meninggalkan suatu sensasi yang menyegarkan;
perapi cecair pekat yang dibubuh pada rambut selepas dicuci untuk menjadikannya lebih lembut.