rapat I

1. hampir bertemu, hampir tidak bercelah:
duduk ~ dalam masjid;
kampung yang rumah-rumahnya ~ sekali;
padi yang ditanam ~ tidak dapat beranak banyak;

2. tidak renggang, kerap (anyaman, pertukangan, tanaman, dan lain-lain), padat (penduduk);

3. penuh sesak, padat (penduduk):
kawasan yang ~ penduduknya;

4. tertutup dengan tidak bercelah-celah (beruang), terkepung (hingga tidak dapat ditembusi lagi):
tabung itu ditutup ~;
kawasan itu telah terkepung ~;
pinggang gadis itu dirangkulnya sehingga ~;

5. dekat sangat (dengan), berhampiran sungguh (dengan):
hatta sampailah ke negeri lalu ~ ke jambatan;

6. erat, karib, kuat, teguh (persahabatan, pertalian, dan lain-lain):
perhubungan antara Malaysia dengan kedua-dua negara jirannya sangat ~;
ada kerjasama yang ~ antara pengarang-pengarang Melayu dengan ahli-ahli sains Melayu;

rapat-rapat dengan seberapa rapat yang boleh, dengan betul-betul rapat:
tutup pintu itu ~;
jemaah diminta meluruskan saf dan berdiri ~;

berapat
1. = berapatan menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat):
lalu berperang berbedil-bedil senapang dan pemburas sebelah-menyebelah … maka, apabila ~ lalulah beramuk;
maka berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan;

2. berkawan, bersahabat:
Wan Umar cuba hendak ~ dengan Kompeni Inggeris;

3. bersama-sama, bersekali:
orang-orang dalam negeri itu telah berselisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca khutbah, tetapi kemudian ~ zuhur;

merapat
1. menjadi rapat, mendekat;
dia melangkah surut dan seorang lagi datang ~;

2. menutup (mata):
lari ~ tiada memandang ke belakang lagi;

3. berlabuh atau berhenti dekat dengan (pangkalan dan lain-lain):
kapal pun ~, tangga pun diturunkan orang, penumpang telah siap dengan barang-barangnya;
~ sambil belayar
(peribahasa) sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai;

merapati
1. menghampiri, mendekati:
ia berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati ~ rumah itu;

2. datang (untuk memperbaiki hubungan persahabatan dan lain-lain), selalu mengunjungi (mendatangi):
dia mesti ~ setiap orang kampung ini jikalau dia ingin mendapat kerjasama daripada mereka;

merapatkan
1. menjadikan rapat, mendekatkan (pada sesuatu):
muka dirapatkan pada cermin;
~kapal ke pangkalan
melabuhkan kapal dekat pangkalan;

2. menjadikan rapat (tidak renggang), mengeratkan, menutup rapat-rapat;

3. memperkukuh (persahabatan dan lain-lain), mengeratkan (perhubungan):
tentu ada sesuatu yang ~ mereka berdua;
~ diri dengan
menggabungkan diri dengan;
~ tali silaturrahim mengukuhkan tali persahabatan;

memperapat menjadikan lebih atau makin rapat, merapatkan lagi;
~ sila bersila baik-baik;

rapatan sesuatu yang menyebabkan rapat (sambungan dan lain-lain), sesuatu yang dirapatkan:
daripada pandainya utus berbuat itu, tiadalah kelihatan ~nya lagi;

kerapatan perihal atau keadaan rapat:
pelabur Britain akan menjadikan Malaysia sebagai pusat pelaburan yang paling menarik memandangkan ~ hubungan sejarah antara kedua-dua negara;

perapatan [Brunei] (bahagian tepi sampan dan lain-lain) yang hampir bertemu:
~ perahu itu berlubang-lubang menyebabkan air masuk sedikit ke dalamnya.

berkongsi