rangkap II

1. lipat dua (tiga dan lain-lain), dua tiga helai melekat menjadi satu, kembar;
huruf ~ dua huruf yang melambangkan satu bunyi, misalnya gh, kh dan ng, digraf, dwihuruf, dwilambang;
kelas ~ dua tiga kelas yang sedarjah;
pintu ~
a) pintu dua lapis (deret, saf);
b) pintu yang daun pintunya dua lapis;

2. beberapa baris (dalam pantun, sajak, dan lain-lain) yang merupakan satu kesatuan:
beberapa ~ ayat Quran;
~ pantun
dua bait atau empat baris;

3. (Matematik) rangkaian ilmu hisab yang mengandungi lambang-lambang dan boleh ditentukan nilainya (seperti y = 3×4 4×3 + 12×2 + 6);

serangkap
1. sepasang:
lembing ~;

2. satu rangkap (pantun, sajak, dan lain-lain);
~ pantun empat baris pantun;

berangkap
1. berkembar, berpasangan;

2. bersajak:
hendaklah kanak-kanak itu tertarik kepada karangan-karangan yang baik, sama ada daripada karangan natar atau ~;

berangkap-rangkap berdua-dua, berpasang-pasang:
berdansa ~ ;

merangkap
1. memakai dua atau tiga lapis (baju dan lain-lain), mengembarkan dua tiga helai menjadi satu:
dua helai kain dirangkap untuk penutup motokar ini;
kuliah-kuliah itu boleh dirangkap
beberapa kuliah disatukan;

2. yang juga (memegang dua atau tiga tugas sekali gus, atau mempunyai dua atau tiga fungsi sekali):
Timbalan Perdana Menteri ~ Menteri Pertahanan;
pengarah baru Proton ~ pengurus besar bahagian korporat;
bilik tidur ~ bilik makan;
bilang ~
[Perak] membilang dua-dua sekali (sekali sepasang);

merangkapkan
1. menjadikan berangkap:
cadar yang lama nipis itu dirangkapkan pada kain tebal;

2. menyuruh (membiarkan) orang mengerjakan dua atau tiga pekerjaan:
waktu ketiadaan Tun, Kementerian Pertahanan dirangkapkan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri;

berkongsi