beberapa benda yang dihubungkan (dikaitkan, dipauntukan):
lampu tiga se~;
bentuk-bentuk penambah yang ditulis se~ dengan kata-kata dasar;
se~ pantun serangkap pantun;
~ hati [Minangkabau] kekasih;
~ kata kelompok beberapa kata;
berangkai dirangkaikan (antara satu dengan yang lain), bersambung:
Pasar Besar mempunyai kedai-kedai ~ yang menjual pelbagai jenis barangan;
berangkai-rangkai bersambung-sambung, berkait-kait, berpaut-paut:
huruf Rumi dituliskan ~;
banjaran gunung yang ~;
berangkaian mempunyai rangkaian:
misi yang dimaksudkan itu menawarkan rumusan perniagaan ~ bersama rakan niaga yang lain;
merangkaikan menghubungkan berangkai-rangkai, memauntukan, mengaitkan:
tulang belakang terjadi daripada beberapa kerat tulang yang dirangkaikan oleh urat tendon;
Indonesia sedang ~ kerjasama dengan dua lagi anggota OPEC;
menyerangkaikan menjadikan serangkai;
rangkaian
1. hubungan, kaitan:
tiap katanya mempunyai tugas penuh di dalam ~nya masing-masing;
2. sesuatu yang bersambung-sambung (berkait-kait):
nyonya presiden dengan penuh rasa kasih sayang mengalungkan ~ puspa wangi pada ibu bapa;
3. untaian (kejadian dan lain-lain), kumpulan (berbagai-bagai karangan dan lain-lain), siri:
orang Melayu menganggap bahawa sejarah atau ~ peristiwa sejarah lebih menghibur;
~ cerita James Bond;
4. hubungan susunan (huruf, kata, ayat):
setiap kata mempunyai tugas penuh dalam ~nya masing-masing;
~ kata ungkapan;
5. (Matematik) kumpulan atau untaian lambang atau angka yang menyatakan suatu jumlah, seperti a(p + 2q) + 3b(4x + 2y);
6. sebilangan benda, peristiwa, dan lain-lain yang bertalian :
se~ harapan;
Pulau Thursday terletak di se~ pulau di Selat Torres;
7. kumpulan atau sistem yang berhubungan antara satu sama lain:
satu ~ kedai;
satu ~ pemasaran yang dapat menyelaraskan keluaran;
perangkaian perihal (proses, perbuatan dan sebagainya) merangkaikan sesuatu (seperti sistem dan sebagainya);
perangkai yang merangkaikan (menghubungkan);
kata ~ (Linguistik) kata depan, misalnya dari, di dan ke.